Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Sumber Khasiat Likopena


Likopena mempunyai pelbagai kebaikan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan.


TOMATO yang kaya dengan sumber likopena mengurangkan risiko kanser prostat.


ADA yang gemar menikmatinya mentah, bagaikan sebiji epal. Ada pula merasakan si comel merah ini lebih enak sebagai kuah spagheti dan ada sesetengah orang pula tidak boleh memisahkannya tatkala sepotong ayam goreng.

Walau apa juga cara anda mengambil diet ini, tanpa anda sedar anda sedang memberikan tubuh anda sumber makanan yang kaya dengan khasiat kesihatan.

Dengan nama saintifiknya, Lycopersicon esculetum, tomato merupakah sayuran yang sangat popular dalam sajian makanan Itali.

Kecantikan kulit

Salah satu khasiat yang begitu sinonim dengan tomato ialah manfaatnya untuk melicinkan kulit dan mendapatkan kulit wajah yang bersih dan tegang. Malah, terdapat kajian yang menyatakan makanan yang dimasak dengan diet tomato yang tinggi mempunyai keupayaan untuk merawat kerosakan kulit akibat ultra lembayung serta melambatkan kesan penuaan.

Kajian itu dijalankan oleh Universiti Newcastle dan Universiti Manchester serta telah disiarkan oleh British Society for Investigation Dermatology. Buah tomato mampu memberi kesan yang baik kepada kulit kerana ia sebenarnya adalah sumber vitamin A, vitamin C dan vitamin E (jika dimakan mentah).




Selain itu, ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Adakah stereotaip sebagai awet muda untuk kulit wajah satu-satunya keistimewaan tomato? Jawapannya tentulah tidak, kerana tomato menawarkan lebih daripada itu.

Sumber likopena

Pigmen merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena. Ia adalah rahsia yang membuat tomato sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai kebaikan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain kebaikan antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung. Ini kerana likopena dikenal pasti dalam membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat).




Hasil kajian menunjukkan likopena dalam tomato boleh diserap lebih efisien oleh tubuh jika diproses dalam bentuk jus, sos, pes atau sos tomato.

Rendahkan risiko prostat

Bagaimanapun, satu lagi penemuan terkini yang mula ditemui sejak tahun 1998 dan disokong dengan pelbagai kajian ialah khasiat tomato untuk kaum lelaki.

Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan, likopena adalah sahabat lelaki kerana mengurangkan risiko kanser prostat dalam kalangan kaum Adam.

Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh mengurangkan risiko lelaki diserang kanser prostat sehingga 35 peratus.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan Harvard, kajian dari tahun 1986 hingga tahun 1992 yang melibatkan 47,894 lelaki, sebanyak empat jenis makanan dikaitkan dengan lelaki yang kurang risiko diserang kanser prostat.

Profesor Edward Giovanucci memberitahu, empat makanan tersebut ialah spageti, piza, tomato dan strawberi. Tiga daripada empat makanan yang disenaraikan itu jelas Giovanucci mempunyai bahan berasaskan tomato.

Jelas Giovanucci, kajian itu turut disokong dengan penyelidikan yang mendapati, kanser prostat dilaporkan sangat rendah di negara selatan Mediterranean seperti Itali dan Greece kerana pengambilan jumlah tomato yang tinggi dalam kalangan kaum lelaki di sana.

Penyelidikan menyarankan pengambilan 30 miligram likopena setiap hari adalah mencukupi untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Satu perempat cawan sos tomato menawarkan sehingga 9.3 miligram likopena manakala setengah cawan kuah mi spagheti memberikan sehingga 20 miligram likopena.

Sos tomato Kimball

Kimball adalah salah satu daripada brand sos tomato dan cili terkemuka di negara ini. Jenama Kimball telah ditubuhkan sejak lebih 30 tahun lalu dan masih bertahan kerana menjadi jenama yang dipercayai dan diharapkan oleh rakyat Malaysia.


SOS tomato Kimball telah menjadi pilhan suri rumah sejak 30 tahun lalu.


Jenama ini sentiasa mementingkan pengeluaran produk yang berkualiti tinggi di mana hanya cili dan tomato terbaik untuk mendapatkan rasa yang enak digunakan.

Kerana itu, Kimball sentiasa menjadi label yang dipercayai oleh suri rumah negara ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...