TEH tarik rasanya hebat tetapi itu tidak bermakna seseorang perlu minum satu gelas penuh.
SETIAP individu pasti mengimpikan bentuk badan yang langsing, segak dan menawan. Ini kerana bentuk badan sebegini, membolehkan kita bebas untuk bergaya dan menyarungkan pelbagai koleksi pakaian yang ditawarkan di pasaran.
Bagi mereka yang bertuah memiliki bentuk badan yang diinginkan mungkin tiada masalah untuk anda melaram dengan baju baru dan cantik.
Tetapi, bagaimana pula bagi golongan yang berbadan besar? Mereka bukan sahaja terpaksa memilih baju yang bersesuaian malah kadang-kala tidak berpeluang untuk memilih.
Meskipun masyarakat sentiasa memuji dan memandang tinggi golongan berbadan langsing, tapi tahukah anda bahawa bukan semua individu berbadan kurus, mempunyai kesihatan yang baik.
Kadang-kala untuk kelihatan kurus dan mengekalkan bentuk badan, mereka sanggup berlapar dan hanya menikmati makanan dalam kuantiti sedikit. Sebagai contoh, hanya mengambil sebiji epal, beberapa keping biskut dan meneguk air putih setiap hari.
Situasi ini dapat dilihat dalam kalangan selebriti dan model antarabangsa seperti Tara Reid, Nicole Richie, Mary Kate Olsen, Kate Moss dan Victoria Beckham.
Laman web Staralicious pernah melaporkan mengenai kesihatan dan anekrosia yang dihadapi oleh Nicole Richie ketika menghadiri Majlis Anugerah MTV. Nicole kelihatan begitu kurus kerana mengalami masalah pemakanan.
Apabila mendapati masalah penurunan berat badannya semakin tidak terkawal, Nicole mengambil keputusan menjalani rawatan di pusat pemulihan. Ini bertujuan mendapatkan penjagaan dan pemakanan yang teratur.
Sementara itu, Pembantu Profesor Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Southwestern, Amerika Syarikat, Dr. Margo Denke menjelaskan, diet seimbang perlu mengandungi sumber-sumber utama seperti karbohidrat, kalori, protein dan lemak.
"Kombinasi sumber utama dapat membekalkan diet yang seimbang sekali gus memastikan individu mendapat nutrien yang berkhasiat," katanya.
Tiada salahnya bagi seseorang berusaha mengurangkan berat badan, tetapi ia perlu mengikut sistem yang betul.
BUAH-BUAHAN memang baik untuk diet yang seimbang.
Laman web netdoctor.com, menasihatkan supaya individu tidak seharusnya mengamalkan diet yang terlalu drastik dan melakukan senaman yang teruk.
Sebagai contoh, jika sebelum ini anda tidak bersenam dalam tempoh yang lama, jangan terus berlari jauh atau melakukan senaman berat di atas treadmill.
Ini kerana ia boleh mendatangkan kecederaan dan menurunkan tahap kecerdasan anda pada masa yang akan datang.
Seharusnya, anda membuka 'menu diet' dengan mengamalkan beberapa tip. Antaranya, melakukan senaman berjalan kaki selama 20 minit sehari. Mungkin anda boleh melakukan aktiviti ini ketika waktu rehat atau selepas pulang dari pejabat atau kuliah.
Jangan sesekali meneguk minuman yang mengandungi alkohol. Bertukarlah dengan menikmati air buah segar dan banyakkan minum air putih.
Selain itu, hindari makanan manis dan snek seperti coklat dan kek. Sebaliknya memilih makanan sihat (buah, sayur, ayam atau ikan). Begitu juga, kurangkan sapuan mentega atau mayonis yang mengandungi lemak berlebihan.
Mengamalkan Diet Seimbang
Diet Sihat
Banyak program diet yang menawarkan hasil tubuh sehat dan langsing.
Namun, hati-hati dalam memilih program diet yang tepat, kerana impian tubuh sehat dan langsing akan hilang akibat salah memilih program diet.
Dalam memilih program diet, mengambil satu jenis makanan tertentu seperti hanya mengambil buah dan sayur saja juga tidak sihat.
Tubuh akan kekurangan zat yang diperlukan seperti protein, karbohidrat. Ianya haruslah seimbang.
Salah satu program diet yang baik bagi tubuh adalah diet dengan lebih banyak mengambil lebih sayuran dan buah segar. Program ini jauh lebih baik karena dari sayuran dan buah segar banyak fiber atau serat sebagai komponen makanan yang penting untuk diet.
Pengambilan buah dan sayuran dalam jumlah tinggi itu dapat pula menghindarkan manusia dari serangan jantung dan kanser.
Epal
Epal mengandung karbohidrat terutama ketika sedang tumbuh dan kaya pectin (sejenis serat). Epal mengandung flavonol yang disebut quercetin yang dalam beberapa penelitian memiliki bahan antikanser. Quercetin juga mengandung bahan antiradang sehingga bermanfaat bagi penyakit seperti arthritis. Sedangkan kandungan gizinya, epal mengandung vitamin C tapi tidak sebanyak buah jeruk.
Strawberi
Strawberi mengandung ellergic acid sebagai antioksidan. Dalam beberapa penelitian ellergic acid terbukti dapat menghalangi pertumbuhan tumor dalam paru-paru, esophagus, payudara, cervix dan lidah. Sebagai ubat tradisional, strawberi diyakini memiliki antibakteri dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan. Strawberi banyak mengandung vitamin C.
Pisang
Pisang merupakan sumber vitamin B6 yang diperlukan
Sebagai ubat tradisional, pisang digunakan untuk menyembuhkan bisul perut. Tidak seperti buah-buahan lain, pisang mengandung banyak karbohidrat, sedikit mengandung karotin dan vitamin C namun kaya potasium.
Melon/Tembikai
Melon mengandung gula yang tinggi dan lycopene yang berfungsi sebagai antikanser. Melon merah dan oranye juga mengandung carotenoid yang dapat melindungi sel tubuh terhadap kerusakan free radical dan dapat juga diubah menjadi vitamin A dalam tubuh. Melon merupakan sumber carotenoid dan juga mengandung vitamin C.
Jeruk
Jeruk mengandung phytochemical yang disebut hesperidin yang berfungsi sebagai antioksidan. Jeruk juga sumber pectin yang berfungsi menurunkan tekanan darah dan termasuk buah rendah serat namun sumber vitamin C dan folate.
Mangga
Mangga mengandung carotenoid yang disebut beta crytoxanthin, sebuah antioksidan yang dapat melindungi terhadap beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser tulang tengkuk. Mangga termasuk buah yang kaya carotenoid, serat, dan vitamin C.
Kiwi
Kiwi mengandung pigmen yang disebut chlorophyll yang memberikan buah tersebut warna hijau. Kiwi memiliki kemampuan mengikat kanser.
Satu buah kiwi sudah cukup untuk memenuhi persyaratan sukatan vitamin C orang dewasa.
Anggur
Kulit anggur mengandung phytochemical yang disebut resveratrol yang terbukti dapat meningkatkan kesehatan jantung, antikanser, antibakteria, dan mengandung antioksidan.
Anggur memiliki kandungan serat dan vitamin C yang rendah.
Nanas
Nanas mengandung enzim bromelain yang memiliki kemampuan untuk menguraikan protein. Nanas sering dipakai sebagai bahan pelembut daging selain berguna membantu pencernaan, menguraikan pembekuan darah, mencegah sinusitis, dan infeksi saluran kencing. Nanas merupakan sumber vitamin C dan serat serta mengandung kadar gula yang tinggi.
1. sarapan pagi
Sarapan dengan memilih makanan tepat di pagi hari sangat penting bagi tubuh untuk memberi energi yang diperlukan untuk menghadapi rutin pagi agar terhindar dari mengambil makanan ringan bergula atau berlemak ketika merasa lapar/ makanan junk.
2. lemak berlebihan
Sebenarnya makanan bebas lemak tidak berarti makanan itu mengandung kalori rendah.
3. salad
Salad mengandung kalori yang tinggi seperti burger dan bila sayuran itu ditaruk keju, roti kering, dan kuah berlemak tinggi.
4. epal atau jeruk
Mengambil buah-buahan segar jauh lebih baik karena banyak fiber/ serat sebagai komponen makanan yang penting untuk diet.
5. kalori
Hellooo...
Salam semua kawan2 ku...
Memang dah lama tak aktif update blog ni...kesuntukkan masa, kalau ikutkan reen nak je update hari2...untuk info, reen sekarang dah ada kedai kat Bazaar Rakyat Seri Kembangan...dekat dengan Jusco Taman Equine...so, tiap2 hari lepas balik kerja reen terus pegi sana...singgah rumah tukar baju jer...
Selain dari tu reen ada bukak tapak kat uptown Puchong..atau nama glamour dia Puchong Nitewalk..so kat sini pun bukak tetiap hari kecuali hari Isnin je cuti...so, reen dengan husband gilir2 la jaga 2 tempat...kalau reen jaga Nitewalk Puchong so hubby akan jaga Seri Kembangan..Alhamdulillah rezeki pun makin bertambah dan rasa lebih berkat...hehe... reen rasa gembira sangat sebab start bisnes ni dalam usia yg muda...so, by the time kita dah makin berumur kita berpeluang untuk lebih sukses di masa depan berbanding kalau start bisnes dah lambat contoh lepas pencen keje ke...minda dan tenaga kita pun dah makin kurang...
Ermmm...rasa memang penat tapi happy sebab buat perkara yang kita suka...reen memang suka bisnes..memang minat n cita2 nak pergi lagi jauh dan sukses dalam bidang ni...tp permulaan memang kena kuatkan minda,azam dan usaha...orang kata usaha tangga kejayaan...hehe...
InsyaAllah x lama lagi reen akan buat bisnes ni full time...x terikat dengan kerja..dengan majikan..reen la bos dan reen la kuli...xsabarnya...
Ok la sampai sini dulu ye kawan2...reen pun online kat kedai sekarang ni...nasib baik sini ada wifi...next entry reen citer pasal reen buat bisnes ape lak ok...bye..love u all!!!!
Ooppsss...lagi satu pasal diet reen akan citer gak nanti ek...jangan risau...reen tetap maintain diet..bisnes2 gak diet kena jaga gak..penampilan tu kan penting!...hehe
ReeWan
Selamat Bertunang Elia...
Salam....untuk semua kengkawan...lama dah reen tak update blog kan...last sekali awal bulan 5 lepas...bukan x nak update,sssaaaannngggattt laaaa sibuk n menyibukkan diri dengan macam2 perkara...
Ok la..entry reen kali nie pasal majlis pertunangan kawan reen masa kat UiTm Shah Alam.. dah selamat dah majlis dia 30hb Mei lepas..so, reen ucapkan Selamat Bertunang buat Elia & Mutalib (betul ke aku eja nama tunang ko lia...kalau salah mahap yek...)...Semoga cepat2 kawin n dapat anak..hehe...
Reen sampai umah dia awal pagi gak la...sebab majlis mula pukul 11 pagi, so sebagai tukang make up kena ar sampai awal kan...kalau tak kelam kabut jadinye...
Jom layan pics yang sempat reen ambik...








Last sekali makanan kat majlis kenduri lia..memang sedap, rasa cam nak tambah lagi tp segan..haha...diet wei!....
Okesss...ReOne...