Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Ape nak update...

Salam...

Dah malam baru sempat nak jengah blog ku ini...tapi dah memalam macam ni tak tau nak update ape..hehe..

Hari ni macam biasa...rutin la,pergi keje balik keje..kemas rumah..exercise..main2 dgn anak2.. pastu dah settle semua baru la boleh online..walaupun macam dah rasa mengantuk nie..

Lepas balik keje tadi singgah makan kat kedai mamak..reen order limau suam n roti canai cheese..wwaahh!!...terujanya..sedap bangat,habis reen balun...haha..walau tau kalori nya pun sama sedap..hehe..xpe la ek sesekali...buat selalu kang bahaya..reen ni badan kalau tak jaga senang betul membesar..cepat naik tapi lambat turun...hehe..

Nak update berat terkini pun xde lagi...masih maintain kat angka 55kg tu...maybe 2-3 minggu ni busy skit reen jarang dapat buat exercise..senam aerobic kat taman rakyat klang dah lama reen tak pergi...masa x mengizinkan...

Tapi..reen tetap jaga la n kawal pengambilan makanan harian...supaya tak over,janji berat x naik..maintain xpe...

Ok la kawan2..mata pun dah nak rapat je ni..ala2 nak terlena rasanyer..jumpa lagi esoknyer entry k..ddaaa...

Good Nite!

ReOne

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bukan sekadar vitamin

Nutrisi yang terdapat dalam buah betik menawarkan riboflavin dan bertindak sebagai antioksida.




BUAH berwarna kuning jingga ketika masak ranum ini sememangnya menjadi pencuci mulut popular kebanyakan rakyat Malaysia. Harganya juga murah. Betik yang menjadi penghias meja makan dengan ukiran menarik menjadi santapan di rumah bahkan di hotel-hotel bertaraf lima bintang.

Walaupun betik atau kerap juga dipanggil papaya berasal dari Mexico tetapi ia cukup popular di Asia.

Berapa ramai di antara kita yang mengambil tahu apakah nutrisi di sebalik sepotong buah berwarna jingga ini? Ramai yang hanya sekadar tahu betik sebagai pencuci, hakikatnya buah ini juga kaya dengan vitamin yang bagus untuk kesihatan.

Di sebalik kemanisan buah ini, ia menawarkan lebih daripada sekadar vitamin. Buah dengan nama saintifiknya Carica papaya menurut fakta nutrisi, mempunyai kandungan vitamin C dua kali ganda daripada oren. Di samping kelebihan vitamin C, betik juga menawarkan kandungan vitamin A, B1 dan E.

Selain beberapa kumpulan vitamin, betik juga kaya dengan sumber nutrisi kalsium, zat besi, serat, magnesium, fosfurus dan asid amino. Sumber nutrisi ini menyebabkan betik menawarkan sumber riboflavin dan bertindak sebagai antioksida yang baik.

Pelindung penyakit jantung

Betik dikatakan membantu menghalang ateroskelrosis dan penyakit jantung. Unggul dengan sumber vitamin C, vitamin A dan vitamin E, kombinasi sumber vitamin ini dikatakan cukup baik sebagai antioksida.

Sumber nutrisi bertindak dengan baik bagi mencegah pengoksidaan kolesterol. Apabila kolesterol dioksidakan ia akan melekat pada dinding saluran darah dan membentuk plak yang berbahaya kerana mendorong penyakit jantung.

Salah satu cara untuk menghalang risiko tinggi pembentukan plak ialah dengan mengambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin E dan C.

Selain itu, betik juga adalah sumber yang baik dengan serat yang dikatakan dapat merendahkan kadar kolesterol.

Pencernaan

Betik juga telah membuktikan dalam dunia perubatan bahawa ia antara penawar yang baik bagi masalah pencernaan. Betik mengandungi enzim proteolytic yang penting dalam pencernaan makanan. Bahan yang mempunyai enzim dalam buah betik ini dikenali sebagai papain.

Papain membantu sistem pencernaan dengan memecahkan makanan yang tinggi dengan sumber protein. Malah dalam dunia perubatan, papain sememangnya diproses untuk menjadi ubat bagi dipreskripsikan kepada pesakit yang mempunyai masalah pankreas dan fibrosis.

Bagaimanapun, pakar pemakanan mengakui cara terbaik untuk mendapatkan vitamin, bukan sahaja betik bahkan semua jenis buah-buahan lain ialah dengan menikmati buah itu secara semula jadi bukannya daripada dos tablet.

Tingkatkan imun

Vitamin C dan vitamin A, kedua-duanya diperlukan tubuh untuk menyokong sistem imun tubuh. Dengan beta karotin yang terkandung dalam betik ia menambahkan lagi fungsi positif betik bagi menjauhkan tubuh daripada serangan selesema, demam dan jangkitan penyakit.

Rendahkan kemerosotan makula

Ibu sentiasa mengingatkan kita semasa kecil, 'makan lobak merah kerana ia baik untuk daya penglihatan'. Tetapi nampaknya semakin kita dewasa, rakan baik untuk mata nampaknya perlu berubah kepada buah-buahan termasuklah betik.

Dalam satu data yang disiarkan Archives of Ophtamology menyatakan menikmati tiga hidangan buah-buahan sehari merendahkan risiko kemerosotan makula.

Kemerosotan makula menyumbangkan kepada 36 peratus penyebab utama kehilangan daya penglihatan di kalangan warga emas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Diet mata dan otak

Menjadi antara menu utama penduduk dunia, ikan ternyata lebih daripada sekadar penyumbang protein.


IKAN makerel antara yang menawarkan kandungan omega-3 yang tinggi.



MASIH ingat lagi sewaktu kecil kita dilarang memakan banyak ikan kerana akan kecacingan. Tetapi mungkin anda pelik, pada masa yang sama ibu kerap mengingatkan anda jangan lupa menikmati minuman minyak ikan Scott's Emulsion.

Kedua-duanya berasal daripada sumber yang sama - ikan. Walaupun secara khususnya, terdapat pelbagai jenis ikan yang menawarkan variasi jenis nutrisi dan gizi makanan, tetapi hampir kesemua ikan menawarkan sumber protein yang menyumbang kepada asid lemak omega-3.

Yang membezakannya hanyalah jumlah nutrisi yang ditawarkan mengikut jenis ikan, kandungan lemak, umur ikan, air di persekitaran dan cara penyediaan makanan.

Ikan menjadi penyumbang utama protein untuk badan manusia. Ia menyediakan 17 hingga 20 peratus dalam diet kebanyakan individu. Semua orang tahu protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan.

Protein membantu membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman lain. Namun, kajian mendapati ikan tidak hanya terhad dengan fungsi itu. Dua jenis komponen utama asid lemak omega-3 ialah minyak yg diaktifkan secara biologikal - asid eicosopentaenoic (ERA) dan asid docosahexaenoic (DHA).

Lantaran itu, dua manfaat asid lemak omega-3 yang berjaya diteroka oleh saintis ialah kebaikan untuk kesihatan mata dan otak. Ini kerana ERA didapati penting dalam mengurangkan risiko penyakit kardiak, manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia.

DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, ia amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Penyelidikan yang dijalankan di Purdue University cuba mengukur kebenaran itu. Mereka mengkaji kandungan asid lemak di kalangan 100 pelajar lelaki berusia di antara 6 hingga 12 tahun. Mereka mendapati kanak-kanak yang mempunyai kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Selain baik untuk perkembangan minda kanak-kanak, ikan juga membantu melambatkan penurunan mental yang berhubungan dengan penuaan. "Penurunan itu jika dilihat dari kaca mata usia sama dengan tiga hingga empat tahun lebih muda," ujar Martha Clare Morris, saintis dari Amerika Syarikat (AS).


KEBAIKAN sumber omega-3 dalam ikan dijadikan pil suplemen.


Dalam kajian mereka, seramai 4,000 responden berusia sekurang-kurangnya 65 tahun dipantau perkembangan mereka selama enam tahun dengan diet terpilih. Selepas tempoh itu, mereka mendapati kumpulan responden yang mengambil ikan dalam jumlah tiga kali seminggu mempunyai daya ingatan lebih kuat dan mental yang cerdas.

Selain itu, ikan juga dikaitkan sebagai pelindung daripada artritis reumatoid. Penduduk di negara yang paling kurang diserang artritis iaitu Jepun dan orang Eskimo didapati menjadi penggemar setia ikan.

Bagaimanapun seperti yang dijelaskan pada awal tadi, beberapa jenis ikan yang menyediakan sumber nutrisi paling baik - kaya dengan omega-3 termasuklah salmon, tuna, makerel, kod dan halibut.

Ikan-ikan yang dikategorikan kurang berlemak pula termasuklah siakap, kerisi, merah, kerapu dam jenahak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ok ke?...

Kenapa ye reen letak tajuk tu?...ntahla..sebab takde idea nak bagi tajuk ape..haha...gambar hitam putih kat atas yang syok sendiri tu hubby reen yang ambik masa balik kampung terengganu awal bulan hari tu..ntah macam mana setting kat kamera reen pun tak tau..yang reen tau posing sajer...hehe...

Teringin lak tengok gambar2 pengantin sekarang yang posing style lebih kurang cenggini tapi berpasangan la saling mengadap muka...tapi reen ni sesorang je..jadi la...haha...kekonon boleh ar masuk mood model jap...kihkih...

Ini la nama kampung...rumah MIL kat terengganu..tahun ni kami sekeluarga akan berhari raya di Terengganu...harap2 daku dah dapat la berat idaman...hehe...best!best!...doakan ek..sesape yang balik tganu gak jemput singgah..hehe..

Hari ni reen letih sikit coz pergi memborong barang2 untuk bukak gerai kat Karnival Ria Damansara bulan Mei nanti...1,2 & 3 Mei depan...jemput datang ye..reen partner dengan member share tapak gerai...barang yang akan dijual ialah aksesori wanita,tudung2 dan lain2 lagi la..macam2 ada..kalau nak cari gerai reen senang jer...cari gerai LuvMila..sebelah la..hehe..daku menumpang tuah artis..kihkih...

Event : Karnival Ria Kota Damansara
Tempat : Dataran Sunway, Kota Damansara
Tarikh : 1,2 dan 3hb May 2009
Jumlah booth : 96

Jom..jom..jom..meriahkan suasana...konsert artis ada..rumah hantu ada..macam2 acara ada la..

ReeWan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Istana Negara...

Salam.........semua yang dirindui..

Hehe..sebenarnya gambar ni ambik bulan lepas..sajer je nak update kat sini...selalunya reen lalu je depan istana negara...tiap kali lalu kalau time siang hari memang ramai je pelancong2 asing tengah bergambar kat depan tu...bas yang bawak pelancong pun banyak parking kat situ...

Selalu cakap kat husband teringin la nak bergambar kat depan istana negara tu...asyik2 nampak pelancong je sakan posing depan tu dengan pengawal yang berdiri tegak and yang duk atas kuda tu...kita yang duk kat kl ni tak pernah sekali pun singgah kat situ...hehe...

Ntah macam mana, tak rancang pun (selalu memang tak rancang biasanya jadi) satu hari kebetulan ikut husband pegi KL..hari tu hari rabu kalau tak silap..reen cuti xkeje...lalu kat depan istana negara..hubby tanya nak ambik gambar kat situ ke? nasib baik bawak kamera sekali...apalagi posing la kat celah2 pelancong arab yang ramai kat situ...haha...walau pun muka tak macam arab sikit pun..kihkih...mula2 segan gak..dah semua pelancong...reen n hubby je tak...belasah je ar..

So jom layan gambar2...

Dengan pengawal istana yang setia tegak berdiri walau ape pun berlaku...respect tul la dengan pengawal ni..macam mana la diorang boleh berdiri lama macam tu..kalau reen maunya ketar lutut ni...

Dengan pengawal yang tunggang belakang kuda pulak..baik betul la kuda ni..duk diam je ek..mesti berlatih baik punya! tapi dapat duduk pun kalau lama sangat penat gak kan..

Tengok..ramai kan pelancong arab yang nak bergambar..

Okey...jumpa lagi lain entry pulak..bubui!

reen-wan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pilihan penentu masa depan


PILIHAN nutrisi untuk anak anda bakal menentukan tahap kesihatannya apabila dewasa kelak.


BUAT kali ke-59 tahun ini, dunia akan menyambut Hari Kesihatan Sedunia dengan tema 'Menyelamatkan nyawa. Menjadikan hospital selamat ketika kecemasan'. Ini bagi menekankan kesediaan merawat dan juga mencegah penyakit dan kecederaan ketika waktu kecemasan.

Di samping itu, kita juga menyambut Bulan Nutrisi Malaysia 2009 (NMM) yang diadakan setiap tahun sejak 2002. Untuk tiga tahun berikutnya, NMM akan memberi fokus kepada pemakanan kanak-kanak dari usia awal bagi menjaga pertumbuhan, perkembangan fizikal dan mental serta kesihatan generasi muda yang bakal menjadi pelapis dan pewaris negara.

Walaupun kedua sambutan ini berada di hujung dua spektrum, tema keduanya menunjukkan kaitan jaringan yang bermula dari perkembangan bayi yang berpotensi membawa kepada situasi kecemasan apabila mereka dewasa.

Acuan

Sambutan hari kesihatan dan bulan nutrisi tahun ini menunjukkan arah kepada kanak-kanak sebagai acuan asas individu dewasa yang bakal mewarisi generasi sedia ada. Bayi dan kanak-kanak kini perlu menjadi keutamaan untuk kita, golongan yang mungkin 'sudah terlambat untuk diselamatkan lagi' dari kancah kecemasan kelak.

Bila dikatakan kecemasan, keutamaan bukan dari segi kecederaan fizikal semata-mata tetapi lebih kepada masalah kesihatan kronik yang semakin menular kini. Antara yang paling biasa didengar adalah obesiti, penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi mahupun asma.

Penyakit kronik sememangnya bukan penyakit yang muncul secara tiba-tiba tetapi mengambil bertahun-tahun untuk bermula. Dan tiada tempoh lebih kritikal untuk perkembangan penyakit kronik dari zaman perkembangan dan pembesaran bayi dan kanak-kanak.

Bukan hanya penyakit kronik, sebarang masalah di waktu kritikal perkembangan dan pembesaran juga boleh menjejaskan mental dan fizikal anak kelak. Selain penyakit, nutrisi atau pemakanan golongan muda ini boleh menjadi faktor penentu fizikal dan mental mereka apabila dewasa kelak.

Pengarah Pusat Penyelidikan Nutrisi Kanak-kanak, Majlis Penyelidikan Perubatan (MRC) di Institut Kesihatan Kanak-kanak, London, Profesor Dr. Alan Lucas menjelaskan masalah kurang atau terlebih nutrisi di kalangan bayi dan kanak-kanak boleh ditemui di hampir semua kelompok masyarakat dunia.

"Golongan kaya sering dikaitkan dengan terlebih nutrisi sementara yang miskin pula kurang nutrisi.

"Bagaimanapun, dengan pembangunan dan kemajuan dunia yang semakin berkembang, terdapat kelompok masyarakat yang mempunyai kedua-dua bahagian masalah nutrisi," katanya.

Menurut beliau, penjagaan mengikut individu diperlukan bagi menyesuaikan dan menangani masalah kurang atau terlebih 'makan' ini.

Satu ciri utama bagi kanak-kanak adalah mereka akan terus membesar dan pakar pediatrik perlu tahu bagaimana penyakit atau nutrisi boleh mengubah pola pembesaran mereka.

Dr. Lucas menegaskan tempoh awal pembesaran amat penting dan boleh meninggalkan kesan mendalam untuk hidup ketika dewasa kelak.

"Corak perkembangan dan pembesaran awal boleh memberi kesan kepada risiko penyakit kronik, kanser amhupun perkembangan otak.

"Kajian ke atas haiwan juga menunjukkan terdapat kesan terhadap jangka hayat, penuaan, pembelajaran serta tingkah laku," tegasnya.

Beliau menekankan bahawa pembesaran dan perkembangan bayi bukan hanya untuk menjadi lebih besar semata-mata.

Tambahnya, bagaimana bayi membesar dan dibesarkan akan meninggalkan kesan besar terhadap kehidupan dan masa depannya.

Diprogramkan

Dr. Lucas juga merupakan individu yang memperkenalkan istilah 'pemprograman' iaitu kesan satu kejadian pada waktu kritikal pembesaran.

Dalam kata lain, seseorang boleh 'diprogramkan' akibat satu kejadian di waktu kritikal pembesaran dan kesannya mungkin kekal seumur hidup.

Di luar waktu kritikal, kesan kejadian sama mungkin tidak kekal. Sebagai contoh, ubat yang diambil ketika mengandung boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung.

Dr. Lucas menegaskan peringkat bayi (bawah satu tahun) adalah satu tempoh yang sensitif dalam perkembangan hidup.

"Bagaimana bayi diberi makan (nutrisi) boleh memberi kesan besar terhadap perkembangan dan kesihatannya kelak.

"Ramai yang percaya bayi yang tembam dan 'bulat' adalah sihat dan sering kali anak diberi makan banyak untuk menaikkan berat badan.

"Namun, perlu difahami bahawa bayi yang 'sihat' itu mungkin sudah obes. Lebih malang, risiko kesihatan akibat obesiti akan kekal tinggi untuk seumur hidup bayi tadi, walaupun jika mereka tidak obes apabila dewasa kelak," jelasnya.

Menurut beliau, obesiti membawa risiko kesihatan jangka panjang yang sebelum ini lebih banyak dikaitkan dengan golongan kaya di Barat.

Namun tambahnya, sebahagian kelompok masyarakat negara membangun juga makin ramai yang obes, sehingga ada yang sudah obes sebelum tahun pertama hidup.

Walaupun obesiti mempunyai banyak faktor punca lain, antara 20 hingga 30 peratus bermula semasa peringkat awal pembesaran. Untuk kumpulan ini, ia masih boleh ditangani.

Dr. Lucas mendedahkan selera makan juga boleh diprogramkan melalui pembesaran yang mendadak (semasa bayi).

"Perubahan hormon, terutamanya pada hormon leptin akibat tabiat makan semasa kecil boleh mengubah selera makan seseorang untuk seumur hidup.

"Mungkin juga selera makan sebahagian daripada mereka yang obes telah diprogram untuk makan berlebihan dari usia kecil lagi," ujarnya.

Bekalan nutrien

Bayi yang menyusu badan untuk enam bulan pertama hidup kebiasaannya membesar pada kadar yang stabil dan sihat. Bagaimanapun, pengenalan makanan tambahan terlalu awal terhadap susu ibu mungkin menambah bekalan nutrien bayi dengan mendadak. Ini tidak menyihatkan kerana ia melebihi jumlah nutrien yang diperlukan badan bayi.

Dr. Lucas menjelaskan kadar pertumbuhan bayi dapat ditentukan melalui carta pembesaran bagi melihat kadar perkembangan yang rendah, normal atau mendadak.

"Bayi membesar dengan mendadak jika melonjak dari berat rendah terus ke berat berlebihan, yang turut meningkatkan risiko obesiti.

"Tidak mengira saiz bayi, perkembangan pada kadar yang stabil dan sihat tidak memerlukan campur tangan nutrisi tambahan," tegasnya.

Jelasnya, Bayi mungkin kecil akibat faktor genetik dan tidak memerlukan tambahan nutrien jika membesar dengan normal sepanjang enam bulan pertama menyusu badan.

Beliau menyatakan hanya bayi yang pramatang atau mengalami kekurangan nutrisi sahaja yang memerlukan nutrien tambahan bagi menangani risiko jangka pendek, kematian dan jangkitan (sistem imun lemah).

Pengenalan makanan tambahan boleh dimulakan selepas enam bulan menyusu badan, di ketika badan bayi mula bersedia dengan perubahan seperti tumbuhnya gigi susu.

Dr. Lucas bagaimanapun menekankan pemantauan nutrisi anak dimulakan lebih awal, sebelum seorang wanita mula mengandung lagi.

"Badan wanita perlu bersedia membekalkan nutrien secukupnya kepada fetus. Tempoh paling sensitif perkembangan bayi pula dari penghujung kandungan dan sepanjang tahun pertama.

"Selain nutrien penting lain, bekalan iodin dan besi juga penting untuk fetus dan bayi membesar yang boleh memberi kesan kepada perkembangan otak dan IQ," katanya.

Permulaan awal

Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr. Tee E. Siong memperakui kita sebagai manusia mudah leka dan mengambil mudah diri tidak akan menghidap penyakit yang dihidapi orang lain.

"Untuk itu kami meneruskan sambutan Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) untuk mengingatkan orang ramai tentang pentingnya nutrisi, terutama di kalangan bayi dan kanak-kanak.

"Fokus kini seharusnya kepada bayi dan kanak-kanak yang sebenarnya merupakan pelaburan terbesar kita untuk masa depan negara," ujarnya.

Beliau menegaskan masa tidak menunggu untuk sesiapa dan tiada masa untuk kita mengambil mudah nutirisi anak semata-mata kerana mereka masih kecil.

Tambahnya, jika tidak digalakkan dan diajar dari peringkat awal, kanak-kanak mungkin akan berhenti mendengar kata seawal umur 11 tahun hasil tekanan dan pengaruh rakan sebaya.

Bermula dari ibu yang mengandung, penjagaan pemakanan dapat menjamin nutrien secukupnya kepada fetus, dan seterusnya sepanjang tempoh perkembangan bayi.

Dr. Tee menyatakan menghentikan dan menghalang penjualan makanan segera juga bukan langkah terbaik.

"Tiada sesiapa yang memaksa kita makana makanan segera dan juga banyak makanan tempatan lain yang tidak menyihatkan.

"Apa yang penting adalah untuk mengambil semua kumpulan makanan dalam jumlah bersesuaian. Pastikan dulu apa yang dimakan itu seimbang dan menyihatkan," jelasnya.

Selain itu, beliau turut membangkitkan kekeliruan yang berlaku di pasaran tempatan dengan maklumat yang tidak sekata dan juga iklan yang mengelirukan.

Tegasnya, tiada makanan yang dengan ajaib boleh menyembuhkan penyakit atau memberi keputusan semua A dalam peperiksaan. Apa yang patut dipromosikan adalah panduan pemakanan sihat dan bukan hanya produk atau jenama.

Proses berpanjangan

Pemakanan sihat tidak semestinya menjadi sesuatu yang membosankan dan makanan yang seimbang dan menyihatkan boleh dinikmati jika disediakan dengan cara bersesuaian.

Dr. Tee menekankan tiada makanan yang tidak elok selagi diambil dalam jumlah bersesuaian dengan keperluan badan, bersama kumpulan makanan yang lain.

"Pengambilan semua kumpulan nutrien setiap hari amat penting. Jumlah makanan dari setiap kumpulan juga boleh disesuaikan dengan aktiviti harian.

"Ini paling utama bagi kanak-kanak yang sepatutnya mempunyai banyak aktiviti fizikal, dan memang kebiasaannya suka bermain serta memecahkan barang," katanya.

Beliau menegaskan ibu bapa perlu mula risau jika anak mereka tidak suka bermain atau tidak memecahkan barang.

Tambahnya, berat dan ketinggian anak perlu dipantau dengan kerap bagi memastikan mereka tidak kurang atau terlebih makan. Berat dan ketinggian merupakan antara perkara utama dalam menentukan tahap kesihatan semasa anak dan juga diri sendiri.

Dengan kanak-kanak, pemakanan seringkali melibatkan pengambilan berlebihan satu kumpulan makanan (yang sedap) dan keengganan makan kumpulan makanan yang kurang perasa.

Oleh itu, cara memasak dan penyampaian makanan amat penting bagi memastikan bukan hanya sebahagian hidangan yang diambil kerana ini bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti, malahan perkembangan yang terbantut. Bahan yang digunakan dan cara menarik perhatian anak untuk makan dan juga makan dengan sihat mungkin menjadi penentu tahap kesihatan mereka kelak.

Dr. Tee menggalakkan pemakanan secara sederhana, bersesuaian mengikut keperluan individu, dan semudah menggunakan logik akal apa yang sesuai untuk anak dan diri sendiri.

"Laporan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan yang diadakan setiap 10 tahun menunjukkan peningkatan obesiti dan penyakit kronik lain.

"Untuk itu, mulakan seawal mungkin amalan pemakanan sihat kerana ianya satu proses berterusan dan perlahan bagi menjamin kesihatan dan masa depan anak anda," tegasnya.

Bagi generasi kini, mungkin amat sukar mengubat tabiat buruk seperti pengambilan makanan tidak seimbang, makan berlebihan, merokok mahupun kurang bersenam.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya fikirlah untuk anak-anak anda dan tanya pada diri, adakah anda mahu mereka lebih teruk, sama atau lebih baik dari keadaan anda kini? Dalam pelajaran dan kejayaan hidup, semestinya kita mahu anak lebih berjaya. Kenapa tidak untuk kesihatan mereka?

Jangan pula negara kelak diwarisi mereka yang obes, kurus kering, dan terbantut pembesaran semata-mata akibat kegagalan kita mengajar anak-anak cara pemakanan dan nutrisi seimbang.

Oleh itu, bukan hanya sempena sambutan hari atau bulan tertentu, beranikan diri dan ambil tanggungjawab anda bagi memastikan kesihatan anak-anak terjamin melalui pemantau nutrisi sepanjang tempoh kritikal pembesaran.

Ingatlah bahawa ianya sesuatu yang boleh dikawal dan diubah jika dimulakan dari peringkat awal. Nutrisi memberi kesan yang besar kepada tempoh pembesaran anak anda, jangan diambil mudah peluang untuk memastikan anak anda hidup dengan berjaya, cemerlang dan sihat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 14/04/2009 - Selasa

Breakfast - 1 ketul karipap
- 1 sandwich sardin
- nescafe 0 panas

Lunch - roti tuna 2 keping
- buah betik 2 potong
- air masak suam

Snack - yogurt blueberry

Dinner - Pau ikan bilis
- air masak suam
- air oren sunquick

Workout - jogging 1000x
- lompat bintang 200x
- skipping 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 13/04/2009 - Isnin

Breakfast - biskut 2 keping
- nescafe 0 panas

Lunch - roti 2 keping + tuna
- buah betik 2 potong
- air masak suam

Snack - keropok lekor nipis 5 keping
- air masak suam

Dinner - nasi lemak 1/2 bungkus
- air oren sunquick tanpa gula

Workout - jogging 1000x
- lompat bintang 200x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khasiat keju lebih tinggi


TERDAPAT ribuan jenis keju di dunia yang menawarkan pelbagai khasiat tersendiri.


KALAU disebut sahaja tentang keju, pasti ramai yang teringatkan iklan popular makanan itu yang pernah disiarkan di kaca televisyen suatu masa dulu. Antara dialog popular iklan itu tentunya, “Satu hari seorang pengembara membawa susu merentasi padang pasir. Dalam perjalanannya, dia mendapati susu itu telah bertukar menjadi keju.”

Walaupun iklan tersebut hanya mengambil masa beberapa minit waktu siaran di kaca TV, namun yang pasti ia meninggalkan kesan besar kepada kebanyakan penonton terutamanya kanak-kanak.

Ia bukan sahaja menunjukkan kepada kita bagaimana keju dihasilkan, tetapi mesej iaitu keju berasal daripada susu yang cukup jelas memberitahu betapa makanan pejal itu adalah santapan cukup berkhasiat.

Berasal daripada susu menjadikan keju sumber penting membekalkan karbohidrat, kalsium, protein, lemak, vitamin dan mineral. Walaupun selalunya bagi mereka yang berdiet, keju menjadi menu yang perlu dijauhi, namun dengan segala khasiat yang disediakan keju, pakar pemakanan mengakui keju boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

Pakar Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu, golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju.

Sebagai contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 36 peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan gizi yang dicadangkan untuk sehari.

“Keju adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju.

“Keju membantu ibu bapa membekalkan khasiat yang terkandung dalam susu untuk anak-anak mereka,” kata Lellment.

Namun, katanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat yang disediakan keju sebenarnya jauh lebih tinggi daripada susu. Kandungan protein misal, 100 gram keju rata-rata mengandung 22.8 gram protein, sedangkan susu segar hanya 3.2 per 100 gram. Begitu juga dengan kandungan kalsium, keju mengandungi 777 miligram (mg) tetapi susu segar hanya sekitar 143 mg setiap 100 gram berat bahan.




Beberapa hasil kajian mendapati keju dapat mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuat tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi pada keju sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies.

Malah, terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan, keju yang berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza.

Keju mozzarella contohnya, mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding keju jenis lain. Ramai yang biasanya memilih mozzarella untuk menurunkan berat badan sedangkan keju jenis ini lebih baik untuk pembentukan otot.

Keju kotej pula agak lembik dan berwarna keputihan. Tetapi dengan pelbagai zat yang baik untuk ereksi tubuh, pakar pemakanan menyatakan keju kotej baik untuk meningkat hubungan seks.

Keju chedar atau keju pejal mempunyai kandungan lemak yang agak tinggi. Selain menguatkan tulang, dan menyediakan sumber vitamin, keju jenis ini disimpulkan baik untuk tenaga.

Lantaran khasiat dan keenakan itulah, walaupun keju sebenarnya berasal dari Timur Tengah, masyarakat Barat adalah antara yang paling tinggi menikmati keju.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rakyat Denmark, Greece dan Perancis adalah antara penggemar keju apabila secara purata setiap seorang penduduknya menikmati 28 kilogram, 25 kilogram dan 24 kilogram keju setahun.

Walaupun begitu, bagi mereka yang alah dengan laktosa, selain penderita sakit ginjal, jantung dan hati, pakar pemakanan menganjurkan pengambilan keju perlulah dihadkan. Ini kerana keju juga mengandungi garam dan lemak yang agak tinggi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rinduuu llaaa.......

Salam semua....rriinndduu ssaannggaatt..........muuaaahhh!!!

Dah lama reen tak update blog kan...banyak hal yang membusykan la sepanjang minggu lepas & minggu ni..minggu lepas reen balik kg hubby kat tganu..ada kenduri arwah...balik sana 3 hari..laptop memang bawak tapi nak on pun tak sempat...busy ke sana ke mari...

So,sambut anniversary pun kat kg la...xde buat pape pun..04.04.04 tu la tarikh ulanh tahun perkahwinan reen dgn hubbyku tersayang...

Ok..jap lagi reen update yek...cari bahan...

Sebenarnya banyak nak upload gambar...sabar ye kawan2...

reen...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak faham atau tak peduli?


MASYARAKAT perlu dididik mengenai kepentingan fakta nutrisi sebagai rujukan khasiat produk makanan. - Gambar hiasan



BAGI mereka yang mementingkan tahap kesihatan, diet atau disiplin dalam pengambilan makanan setiap hari adalah kunci utama terhadap pengurangan lemak dan kalori berlebihan.

Justeru, fakta nutrisi pada label setiap produk makanan yang dijual sangat penting untuk dijadikan panduan. Namun, berapa ramaikah yang tahu dan faham dengan fakta yang tercatat di situ?

Tinjauan di beberapa buah farmasi dan pasar raya di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan pengguna masih memandang mudah label bertulisan halus tersebut.

Malah ketika ditanya mengenai maklumat label berkenaan, jawapan yang diberikan juga amat mengejutkan iaitu mereka tidak begitu faham dengan isi kandungan label yang memaparkan maklumat nutrisi makanan.

"Saya cuma baca kandungan lemak. Kalau tidak tinggi (nilai nutrisi) saya akan beli saja. Selebihnya saya tidak faham sangat," kata seorang guru, Kamaruddin Azizi, 38, dari Cheras, Kuala Lumpur.

Ujarnya lagi, maklumat yang terdapat pada label agak teknikal dan membuatkannya sekadar melihat sekali imbas.

Di samping itu, pemerhatian yang dilakukan mendapati cara penyampaian maklumat di label produk juga menjadi antara faktor ia kurang diberi perhatian oleh pengguna.

Bagi pegawai kewangan di sebuah bank di ibu negara, Vinod Raj, 28, label maklumat nutrisi yang dipamerkan tidak begitu praktikal kerana ia kurang menarik manakala saiz tulisan yang dipaparkan amat kecil.


MAKLUMAT fakta nutrisi yang terletak pada pek makanan perlu dijadikan panduan utama ketika membeli barang. - Gambar hiasan


"Ada produk tulisannya agak halus. Saya sendiri yang mementingkan maklumat pada label, sering menghadapi masalah untuk membaca dan membuat kiraan nilai nutrisi produk," katanya yang aktif bersukan di tempat kerjanya.

Tiada kesedaran dan pendidikan dari peringkat awal turut menyumbang kepada kejahilan dalam memahami label produk.

"Malah sogokan terhadap cara hidup sihat yang ditekankan juga dilihat tidak berjalan secara menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek," ujar Elena Yeoh, 29, dari Sungai Besi.

Pekerja di sebuah farmasi terkenal itu menambah: "Kesedaran terhadap pengambilan makanan seimbang tidak akan berlaku sekiranya kefahaman terhadap nilai nutrisi pada sesuatu produk tidak ditekankan."

Ujar beliau, kesihatan yang baik bermula daripada pemakanan yang betul dengan kandungan nutrisi yang tepat.

"Semua ini hanya boleh dilakukan kalau kita membaca dan memahami maklumat pada label produk dan ini tidak terhad pada makanan sahaja," jelasnya.

Pakar nutrisi kena ada di pasar raya

“ADA banyak kegunaan label makanan kepada masyarakat namun secara dasar, pengguna ingin tahu bagaimana untuk menggunakan maklumat dengan lebih efektif dan mudah,” ujar Pakar Diet dan Nutrisi, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.

Bagi memudahkan proses tersebut, pakar diet harus ditempatkan di setiap pasar raya untuk menjelaskan kemusykilan pengguna mengenai isi kandungan setiap produk yang dibeli.

Malah tanggapan pakar diet dan nutrisi sekadar diperlukan di farmasi atau hospital harus dibuang kerana kemahiran tersebut mampu memberi perspektif baru dalam bidang kesihatan awam.

“Produk tidak hanya melibatkan tarikh luput dan logo halal. Isi kandungannya juga memainkan peranan dalam memastikan pengguna tahu apa yang mereka makan,” katanya.




Ini lebih-lebih lagi produk yang melibatkan kanak-kanak dan ibu hamil kerana kesannya amat besar jika tidak memahami kandungannya.

“Kadar saiz hidangan, jumlah kalsium, jenis gula dan garam yang digunakan akan memberi implikasi terhadap sistem tubuh terutama ibu mengandung,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, pemilihan sesuatu produk terutamanya makanan perlu dilakukan seperti membaca buku iaitu dari kulit ke kulit.

“Jangan hanya paparan di depannya menarik, kita terus lupakan apa yang dicatatkan di belakang,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...