Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Segmen Imbas Kembali

Entry kali ni reen akan imbas balik gambar2 tahun lepas masa berat reen dalam 69-70 kg gitu..beratnyer..rasa nak nangis tengok balik gambar tu...hubby pun bila reen tunjuk gambar tu kat dia...dia punya gelak sampai tekan2 perut..siap gelak besar lagi...patut ke dia cakap "ah..ah la reen, memang gemuk giler la reen time tu..macam mana la abang boleh tak perasan!!!bukan sikit2 nyer gemuk" Hahahaha..dia boleh sambung gelak balik....geram betul rasenyer....bila reen tengok gambar ni rasa insaf tak moh la gemookkss cam ni lagi...itu time reen pakai jubah..ok la skit..kalau pakai seluar,haaannnccuurr..peha ku memang besar..tambah bontot pun selambak...spare tyre lagi kat perut..sungguh hodoh rasenyer....memang susah reen nak cari seluar yang selesa...harap2 pas ni kalau peknen lagi nak jaga makan gak la...bayangkan berat reen time menagandung cecah 83kg...!!! Ttiiddaaakkk!!!!!

Jom layan foto gumukss ini...hehe

Dengan mak reen n adik2 reen...yang pakai gown hijau tu anak2 reen..

konon posing camtu nak nampak kurus la...haha...gemuk kan!..lengan pun berlemak2,gambar ni masa bulan puasa tahun lepas..kat KLIA nak hantar MIL n FIL pi umrah...time ni ada gak azam nak kurus tapi ntah la cepat putus asa...rasa susah nak buat...dulu reen buat diet salah...tak nak makan...skip makan..last2 bila time makan..makan puas2 sesuka hati..lagi banyak dari sepatutnya..

Sekarang reen dah tau diet yang betul sejak join member forum BFT..makan dengan kerap dalam portion yang kecil...jaga pengambilan kalori sehari...mesti ada karbo,protein,sayuran..buah-buahan...dan yang paling penting diet plus exercise!Selain untuk kurus kita akan dapat badan yang sihat dan stamina pun bertambah!Betul,tak tipu punya..dulu kalau suruh reen jogging suku padang pun tak boleh buat..tapi sekarang 2-3 kali pusing pun takde hal punya!!.. 2 perkara ni iaitu diet yang betul dan exercise yang seimbang sangat membantu untuk kurangkan berat badan....TQ so much BFT Fitness Club..hehe...so,sesapa rasa nak dapat lebih semangat untuk diet join la Forum Cari - Petua Kecantikan & Fesyen (Beauty & Fashion Tips) masuk kat thread CARA LANGSING & KURUSKAN BADAN...hehehe tolong promote forum..

Masa pegi Masjid Kristal kat Terengganu..pastu masuk kat taman yang ada replika masjid2 kat dunia..yang kat belakang reen ni salah satu masjid kat negara china...reen ni kalau gemuk paling nyata tengok kat muka je pun dah tau...tembam giles...hehe..hubby reen maintain je..jeles ar ngan orang lelaki ni...

Ok..Daaa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanan cegah penyakit?

Adakah pemakanan yang baik secara tidak langsung boleh mencegah kita daripada menghidapi pelbagai penyakit?


MAKANAN tinggi gula wajar dikurangkan dalam diet harian.


MAKAN tomato untuk membantu mencegah kanser, bawang putih bagi mencegah AIDS atau minum jus buah-buahan untuk mengelak daripada Alzheimer? Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini.

Meskipun terdapat banyak kajian dan penyelidikan dijalankan, kesan makanan terhadap penyakit membunuh masih perlu dibuktikan.

Saintis bersetuju bahawa keseimbangan kualiti diet merupakan kunci kesihatan yang baik. Malah, kebanyak negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini menggesa rakyatnya untuk mengamalkan pemakanan harian daripada lima hidangan buah-buahan dan tiga hidangan untuk setiap produk tenusu serta kanji dan mengurangkan makanan berlemak, manis dan beralkohol.

Dalam mengawal pemakanan, pakar mengatakan ia dapat membantu mencegah penyakit seperti diabetes dan kadar kolesterol yang tinggi di mana ia menyumbang kepada penyakit kardiovaskular atau osteoporosis.

Tetapi, penyelidik tidak bersetuju dengan pendapat itu ke atas penyakit yang tidak berkait secara terus pada nutrisi seperti kanser, AIDS atau kerosakan neuro atau saraf, sungguhpun sekali lagi semuanya disyorkan mengambil diet yang seimbang.

Di antara ribuan kajian yang dijalankan, satu penyiasatan dari Eropah menyimpulkan bahawa makan buah-buahan dan sayur-sayuran fiber mungkin mengehadkan risiko kanser kolorektal.




Buah-buahan dianggap sebagai perlindungan yang tidak mustahil ke atas kanser paru-paru dan untuk mencegah kanser prostat. Kajian mengesyorkan seseorang individu minum lima cawan air teh hijau sehari. Ini kerana teh hijau dipercayai mempunyai catechin (kadar antioksida) yang tinggi dalam mengurangkan penyakit berkaitan jantung.

Makanan yang banyak lemak pula sememangnya diketahui akan menjejaskan sistem kardiovaskular dan boleh meningkatkan risiko kanser payu dara manakala kacang soya mengurangkan risiko sebanyak tiga kali ganda.

Bagaimanapun, kacang soya yang kaya dengan bahan antioksida yang membantu kelangsungan hidup sel, boleh meningkatkan risiko kemandulan.

Lycopene, pigmen antioksida merah menyala yang ditemui dalam tomato dan lain-lain buah-buahan merah, turut dipercayai mengurangkan risiko kanser berdasarkan kajian penyelidik, tetapi Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) berkata, tiada sebarang bukti kukuh untuk dakwaan tersebut.

Di samping itu, Alzheimer juga boleh dicegah dengan pengambilan jus buah delima secara berterusan.

"Tiada makanan yang baik atau buruk," kata agensi kawalan makanan Afssa di Perancis.


SERAT sayuran dan buah-buahan mengehadkan risiko kanser.


"Tetapi, pengambilan diet pemakanan yang seimbang ialah satu perkara penting," jelas pakar onkologi, Dominique Belpomme.

Pakar di pusat penyelidikan kanser dan makanan kebangsaan di Perancis, NACRe berkata variasi diet daripada buah-buahan utama dan sayur-sayuran bersama tidak terlalu banyak alkohol, boleh membantu mencegah kanser mulut, kerongkong, paru-paru, perut, pankreas, usus rektum dan pundi kencing.

Selepas meneliti lebih 7,000 kajian dan penyelidikan di seluruh dunia, World Cancer Research Fund (WCRF) mengesyorkan supaya pengguna mengelak daripada mengambil makanan dan minuman yang tinggi kadar kandungan gula, garam atau lemak dan rendah kandungan fiber di samping melebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.

Pemakanan yang baik adalah kunci untuk merawat pesakit HIV positif apabila malnutrisi melemahkan sistem imunisasi, merendahkan daya ketahanan untuk kesan tahap pertengahan.

Bagaimanapun, makanan yang baik tidak boleh menggantikan antiretroviral sungguhpun didakwa oleh menteri kesihatan kontroversi Afrika Selatan, Dr. Beetroot melawan AIDS dengan bawang putih, lemon dan sayur-sayuran. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sumber Khasiat Likopena


Likopena mempunyai pelbagai kebaikan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan.


TOMATO yang kaya dengan sumber likopena mengurangkan risiko kanser prostat.


ADA yang gemar menikmatinya mentah, bagaikan sebiji epal. Ada pula merasakan si comel merah ini lebih enak sebagai kuah spagheti dan ada sesetengah orang pula tidak boleh memisahkannya tatkala sepotong ayam goreng.

Walau apa juga cara anda mengambil diet ini, tanpa anda sedar anda sedang memberikan tubuh anda sumber makanan yang kaya dengan khasiat kesihatan.

Dengan nama saintifiknya, Lycopersicon esculetum, tomato merupakah sayuran yang sangat popular dalam sajian makanan Itali.

Kecantikan kulit

Salah satu khasiat yang begitu sinonim dengan tomato ialah manfaatnya untuk melicinkan kulit dan mendapatkan kulit wajah yang bersih dan tegang. Malah, terdapat kajian yang menyatakan makanan yang dimasak dengan diet tomato yang tinggi mempunyai keupayaan untuk merawat kerosakan kulit akibat ultra lembayung serta melambatkan kesan penuaan.

Kajian itu dijalankan oleh Universiti Newcastle dan Universiti Manchester serta telah disiarkan oleh British Society for Investigation Dermatology. Buah tomato mampu memberi kesan yang baik kepada kulit kerana ia sebenarnya adalah sumber vitamin A, vitamin C dan vitamin E (jika dimakan mentah).




Selain itu, ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Adakah stereotaip sebagai awet muda untuk kulit wajah satu-satunya keistimewaan tomato? Jawapannya tentulah tidak, kerana tomato menawarkan lebih daripada itu.

Sumber likopena

Pigmen merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena. Ia adalah rahsia yang membuat tomato sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai kebaikan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain kebaikan antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung. Ini kerana likopena dikenal pasti dalam membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat).




Hasil kajian menunjukkan likopena dalam tomato boleh diserap lebih efisien oleh tubuh jika diproses dalam bentuk jus, sos, pes atau sos tomato.

Rendahkan risiko prostat

Bagaimanapun, satu lagi penemuan terkini yang mula ditemui sejak tahun 1998 dan disokong dengan pelbagai kajian ialah khasiat tomato untuk kaum lelaki.

Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan, likopena adalah sahabat lelaki kerana mengurangkan risiko kanser prostat dalam kalangan kaum Adam.

Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh mengurangkan risiko lelaki diserang kanser prostat sehingga 35 peratus.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan Harvard, kajian dari tahun 1986 hingga tahun 1992 yang melibatkan 47,894 lelaki, sebanyak empat jenis makanan dikaitkan dengan lelaki yang kurang risiko diserang kanser prostat.

Profesor Edward Giovanucci memberitahu, empat makanan tersebut ialah spageti, piza, tomato dan strawberi. Tiga daripada empat makanan yang disenaraikan itu jelas Giovanucci mempunyai bahan berasaskan tomato.

Jelas Giovanucci, kajian itu turut disokong dengan penyelidikan yang mendapati, kanser prostat dilaporkan sangat rendah di negara selatan Mediterranean seperti Itali dan Greece kerana pengambilan jumlah tomato yang tinggi dalam kalangan kaum lelaki di sana.

Penyelidikan menyarankan pengambilan 30 miligram likopena setiap hari adalah mencukupi untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Satu perempat cawan sos tomato menawarkan sehingga 9.3 miligram likopena manakala setengah cawan kuah mi spagheti memberikan sehingga 20 miligram likopena.

Sos tomato Kimball

Kimball adalah salah satu daripada brand sos tomato dan cili terkemuka di negara ini. Jenama Kimball telah ditubuhkan sejak lebih 30 tahun lalu dan masih bertahan kerana menjadi jenama yang dipercayai dan diharapkan oleh rakyat Malaysia.


SOS tomato Kimball telah menjadi pilhan suri rumah sejak 30 tahun lalu.


Jenama ini sentiasa mementingkan pengeluaran produk yang berkualiti tinggi di mana hanya cili dan tomato terbaik untuk mendapatkan rasa yang enak digunakan.

Kerana itu, Kimball sentiasa menjadi label yang dipercayai oleh suri rumah negara ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari yang muram...demam!!

Sebenarnye dari semalam lagi reen dah rasa lain macam je badan ni pas balik keje...tapi time tu tak la rasa nak demam lagi...takat rasa perit tekak n macam nak selsema..sempat lagi arr berpoya2 ke Old Town tu..hehe...

Bangun pagi ni...cam pening pastu bersin2 banyak kali..selalu memang reen kerap bersin pepagi sebab cuaca sejuk (tambah reen ni memang ada resdung)..tapi kali ni dos bersin tu terover sangat..sampai jadi selsema,gatal2 hidung,mata...tak selesa betul sebab badan pun cam seram sejuk..tapi kugagahkan diri gak la pegi keje..nak tau sebab ape..

Semalam reen dah janji dengan kengkawan kat ofis nak belanja nasi lemak untuk diorang suma satu ofis...b4 nie reen memang dah niat kalau reen dah settle suma payment untuk 10% rumah,duit lawyer,valuation fees,deposit api air dan memacam lagi yang memeningkan kepala ku..reen akan belanja kengkawan kat ofis...alhamdulillah semua dah selesai..syukur..bukan senang oo proses nak beli umah nie...kalau ade duit banyak mau je reen beli cash...hehe..berangan lak aku!!...

Panjang lak aku bebel...layan jer la ek...reen ni kalau dah mengarang segala citer kuar..reen buat keje cam biasa kat ofis hari ni...tapi tahap selsema ku memang kantoi...dah le keje mengadap customer sampai ke petang..air hidung ni asyik nak meleleh kuar tak leh nak tahan2..bersin jangan cakap la...bergegar bank...customer pun pandang semacam jer...kepala reen memang pusing je rase...mase rehat tido jap kat surau...tapi tak jalan gak...last2 dalam kul 3 petang reen keluar jap gi klinik panel mintak ubat selsema..ubat batuk...demam..ubat sakit tekak...aduhai rase macam nak pitam kat klinik nasib baik tak ramai orang...

Lepas makan ubat baru lega skit....baru la boleh nak buat end day balancing dengan aman tenteram...ni pun baru pas makan ubat selsema yang malam punya (mengantuk)...jap lagi selamat menyelam la ke bantal...

See ya...good night...sweet dream...

Reen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 25/02/2009 - Rabu

Breakfast - 2 ketul karipap samosa
- air masak suam

Lunch - 4 keping biskut danone hi fibre
- buah betik 2 potong
- air msak suam

Snack - nestle fitnesse cereal & fruit
- air kotak dutch lady coffee

Dinner - Sup Ayam
- limau suam

Workout - Hari ni tak larat nak workout coz reen demam...buat skit jer...
- skipping 200x
- lompat bintang 200x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keperluan Kalori Sehari

Dengan budaya kerja rakyat Malaysia yang hanya terikat di pejabat, kalori yang diperlukan adalah lebih rendah.


BERAPAKAH kalori yang sepatutnya diambil oleh seseorang?


ANDA berlari di atas mesin treadmill selama 20 minit setiap pagi di pusat kecergasan. Paparan papan bacaan di atas treadmill menunjukkan anda telah membakar 150 kalori dalam sesi itu.

Kemudian anda bertukar pula kepada mesin cross trainer selama 10 minit untuk membakar kira-kira 100 lagi kalori. Rasa penat dan letih terasa di seluruh badan semata-mata untuk membakar sekitar 250 kalori itu.

Tetapi tahukah anda sebenarnya di sebalik penat lelah bersenam membakar kalori setinggi itu, kita sebenarnya hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk menambahkannya semula. Kenapa?


KITA mengambil masa kurang lima minit untuk menambah semula kalori yang dibakar.


Ini kerana ramai di antara kita yang tidak pernah mengambil tahu apa nutrisi, buruk baik dan manfaat makanan yang kita makan. Bayangkan 250 kalori itu sebenarnya bersamaan dengan sepotong piza berkeju atau seketul ayam berkuah atau satu setengah cawan nasi putih.

Kalau begitu cuba bayangkan pula berapa sebenarnya jumlah kalori yang kita ambil dalam sehari. Untuk makan tengah hari sahaja dengan sepinggan nasi penuh, sejenis lauk berkuah, satu telur goreng dan sayuran - kalori yang dicapai mungkin sudah mencecah 1,000 kalori.




Itu belum dicampur dengan makan pagi, minum petang, makan malam dan makan lewat malam yang semakin menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Persoalannya apakah itu kalori dan berapa jumlah yang sepatutnya diambil oleh seseorang?

Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.

Bagaimanapun, sekiranya diambil secara berlebihan seseorang berpotensi menjadi obesiti dan lebih buruk lagi mengganggu tahap kesihatan tubuh. Penyakit pakej zaman ini tentunya kardiovaskular, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Keperluan tenaga seseorang juga bergantung kepada tahap keaktifan atau aktiviti dilakukan, tahap kesihatan, kehamilan selain pengaruh keadaan sekeliling. Dengan budaya kerja rakyat Malaysia yang hanya terikat di pejabat, kalori yang diperlukan adalah lebih rendah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Reen & Old Town White Coffee..

Best sangat hari nie balik keje husband reen nak belanja kat Old Town...gembira tak terkata la..tak yah masak..hehe..dah lama reen tak pegi Old Town..lagi2 lepas mulakan diet ni...walau kadang2 teringin tapi pendam la dulu...sebab reen ni kalau pi sana macam2 nak order..roti bakar kat situ lak sedap..tak sedar berkeping2 pulak reen telan...belum yang lelain lagi...kalau reen pegi sana tak sah la kalau tak order old town white coffee ice blended - mocha...itu memang wajib la reen order...seeddaap!!! Masa reen peknen second baby...pernah 3 hari berturut2 reen pegi beli ice blended tu...tak cukup satu kekadang sampai 2 reen order...tu reen sorang jer perabih...ya ampunn tak dapat kubayangkan mcm mane la reen leh habiskan 2 ice blended tu...padahal sekarang 1 pun tak leh habis coz banyak benor kecuali kalau betul2 dahaga...kalau tak memang kena share dengan hubby...

Hari nie reen berjaya la kawal nafsu..semenjak diet ni dah pandai bawak bersabar...hehe...reen n hubby cuma order Kaya & Butter Toast (Single)..Oldtown assam laksa 1 mangkuk (share gitu)...oldtown white coffee - mocha 1...n drinkind water cold 1..tu jer..asal dapat makan ok la..takde la melantak cam selalu time dolu2 tu...buruk lantak sikit..hehe...hubby reen pun dah faham cara pemakanan reen sekarang...secara tak lansung dia pun terdiet la sama..paksa rela la...huhu..

Nie sebahagian gambar yang sempat reen snap kat sana...reen pegi yang jalan kuchai lama punya branch...dekat dengan rumah.senang...staff2 old town asyik pandang kitorang jer ape ke hal la dorang ni asyik tangkap gambor jer...reen buat tak tau je ar...kihkih...

Time baru sampai..aleesya tak moh duduk kat baby chair...lasak betul..last2 reen pegang jer dia...habis semua benda dia nak capai kat atas meja tu...amelia takde..kat umah nenek..kalau kakak dia ade leh gak main2 2 orang..

Sebahagian menu kat old town yang begitu menyelerakan tekak ku ini,geram macam nak order suma!..sabar reen ye...target belum sampai lagi..ingat diet..

Inilah air kegemaran ku kat old town...white coffee ice blended - mocha...bayangkan sejuk2..nyaman jer lalu kat tekak...rasanyer yang eermmm mabeles...hehe...

Kaya & Butter Toast (Single)...sedap gak...reen suka...

Old Town Assam Laksa...makan dengan otak udang...errm pun sedap gak...sesape nak cuba silakan bawa diri ke old town berdekatan yer...dan belanja la diri anda sendiri yer...hehe...

Ok..dah habis dah segmen jalan2 cari makan untuk entry kali nie...jumpa lagi dengan menu2 lain di lokasi yang lain...huhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 24/02/2009 - Selasa

Breakfast - 1 ketul karipap
- 1 ketul wadeh
- air masak suam

Lunch - sup sayur campur
- 2 ketul buah betik
- air soya nesvita

Dinner - 1/2 keping roti bakar butter + kaya
- share assam laksa dengan hubby
- ice blended mocha
- air masak

Workout - jogging 2000x
- skipping 300x
- lompat bintang 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 23/02/2009 - Isnin

Breakfast - biskut hi fibre danone 4 keping
- hot chocolate
- air masak suam

Lunch - 5 ketul keropok lekor
- buah betik 2 potong
- jasmine green tea
- air masak suam

Dinner - 3 ketul nugget
- air teh bunga
- air masak

Workout - jogging 2000x
- skipping 500x
- lompat bintang 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 22/02/2009 - Ahad

Menu Ahad lepas tak sempat nak update...

Breakfast - cekodok udang cicah kari ikan
- teh 'o' ais limau
- air masak suam

Lunch - 2-3 sudu nasi lemak share dengan anak
- air masak suam

Dinner - 1 ketul donut
- air sirap bandung

Workout pagi - jogging 2x pusing padang
- jogging 2x pusing tasik
- 40 minit aerobic

Workout petang - skipping 300x
- lompat bintang 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aerobic di Taman Rakyat Klang


Hari nie reen pergi jogging dengan hubby kat Taman Rakyat Klang...sebab lepas jogging nak join senam aerobic percuma kat situ...info pasal nie ada kawan yang bagitau..b4 nie memang tak tau..walaupun reen selalu gak balik klang coz umah mak kat sana ujung minggu..maklum la sebelum nie tak kisah sangat pasal bersenam2 ni,baru dengar je dah rase penat..hehe...sekarang bila dengar je..nak2 percuma lak..teruja sungguh nak join...

Sebab excited sangat dekat kul 6 pagi dah bangun...siap2...dalam kul 6.40 kuar rumah...saje je kuar awal sebab tak pernah pergi so boleh la cari2 tempat tu kat ner..kalau silap takde la terlambat sampai...lebih kurang kul 7 pagi kitaorang sampai sana...memang dah ramai sangat orang2 kat sana...penuh parking kiri kanan...sebab bukan jer ade senam aerobic..ade tai chi la yoga la...n macam2 la..so, sementara nak tunggu aerobic tu mula pukul 7.30 reen n hubby sempat la jogging sekitar taman n tasik kat situ...reen jogging 2x pusing padang n 2x pusing tasik (tasik x besar sangat)...best sangat...berpeluh2...rasa segar badan pagi2...

Reen tengah lari pusing tasik...

Rehat ambik nafas jap..nak mula 1 round lagi...caiyok!caiyok!...

Dah mula dah...jom bersenam..ramai kan orang yang join...tiap2 minggu hari ahad ade...akan ku join lagi nanti...best!..











Dah habis dah..memang penat tapi memang berbaloi...syok sangat!!..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 21/02/2009 - Sabtu

Breakfast - meehoon goreng sepiring
- air masak suam
- jasmine green tea

Lunch - Keropok lekor 5 keping
- teh 'o' panas

Dinner - sup sayur + fishball
- ratah ikan masak kari
- air masak

Workout - lompat bintang 300x
- jogging 1500x

Tak sempat nak workout sangat coz balik umah mak reen kat klang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dinner dengan kengkawan ofisku...

Seperti menu sebelum nie yang reen update tentang kekantoian ku semalam..so, ni la sebahagian gambar yang berjaya dirakam...waktu semua orang dah kekenyangan..masa baru sampai suma lapor...so takde makna nak ambik gambar...makan lagi penting time tu...nak2 lak tengok makanan suma sedap2...tak toleh kiri kanan...bedal..





Semua dah kekenyangan bangat..baru teringat nak bergambor...b4 nie semua sibuk memenuhkan tangki perut jer...kihkih...tengok ar segala makanan licin..

Ni lak cheese cake untuk 3 orang staff kat ofis reen yang sambut birthday bulan February...tapi walau rupanyer agak menyelerakan tapi tak berapa sedap sangat la..kitaorang ingat nak gi beli kek kat secret recipe...tapi nak cepat tak sempat la...rembat jer kat kedai kek yang dekat dengan kedai seafood tu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeah..yeah..dapat award lagi!...Thanks Vouge2704..


Award kali nie reen dapat dari blog Vouge2704...tima kasih banyak2 yek coz reen suka sangat award nie...ccoommeeiii sangat...cute dan cantik...reen suka sangat bunga ni walaupun reen ni tak rajin tanam bunga tapi memang suka tengok bunga..hehe..reen pernah berangan kan kalau la ada rumah besar nak ade tukang kebun so boleh la die tanam n jaga2 bunga2 reen...hehe...kuat berangan!haha..

So,award ni reen nak bagi pada semua kengkawan dari forum Cari yang banyak membakar semangat reen untuk jadi macam diorang...TQ my dear friends..love u all...

Sudi la terima ye...

Ikhlas dari ku..Reen...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 20/02/2009 - Jumaat

Disebabkan hari jumaat ada makan2 dinner untuk semua staff kat ofis reen...maka memang kantoi lagi la diet ku untuk kesekian kalinyer...yela kan dah la free...semua sedap2 lak tu...takkan nak pandang je...ehhee..kitorang makan kat restoran seafood dekat Taman Megah Kelana Jaya...menu lak jangan cakap la semua tahap meleleh air liur..mana boleh tahan...redho je la...

Waktu pagi ngan tengahari ku masih lagi mempertahankan diet memandangkan malam ni dah sah2 kantoi...hehe...

Breakfast - nestle fittnesse cereal & fruit
- air masak suam
- jasmine green tea

Lunch - biskut fiber 4 keping
- sepotong nenas
- air masak suam

Dinner - nasi goreng seafood sepiring
- udang galah tak tau la bape ekor amik...yg pasti macam banyak jer..
- ketam 3-4 kali amik coz sedaapp sangat
- chicken wing 2 ketul..lazat sangat..
- satay ayam
- n macam2 lagi..tak yah tulis la,segan coz dah sah2 kantoi..
- air fresh orange 2 gelas
- air apple 1 gelas

Workout - balik jer rumah terus capai skipping...balun dengan perasaan yg bersalah...hehe..tapi tak larat ar..dah la perut penuh...letih lak coz dah lewat malam baru sampai umah...tapi janji berjaya workout skit...hehe..

skipping 500x
jogging 2000x
lompat bintang 200x

Harap2 dalam masa terdekat nie takdela makan2 cam ni lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amelia anakku yang suka bergaya...

Puteri sulungku nie memang suka sangat bergaya...kalau hala kamera kat dia ade je la posing yang dia nak buat..memang dari kecik macam tue...suka bergaya,suka nyanyi,suka menari...hehe..kadang2 terhibur gak tengok telatah dia...jom layaannzzz....







Gambar2 kat atas nie masa raya tahun lepas...kitorang jalan2 kat monumen masjid2 di dunia...pastu gi masjid kristal...memang best...

Amelia yang depan sekali...jadi flower girl masa adik reen kawin kat Hotel Casuarina kat Perak..seronok betul dia dapat jadi flower girl...cam princess2 gitu..huhu..

Actually banyak lagi gambar...tapi tak tau la nape ntah blogspot ni macam problem jer dari semalam kalau nak upload gambar..loading punye loading last2 tak kuar ape2..tension mak...takpe ar nanti upload lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 19/02/2009 - Khamis

Breakfast - Nestle fitnesse cereal & fruit
- hot chocolate
- jasmine green tea

Lunch - keropok lekor nipis 5 keping
- buah betik 2 potong
- air kelapa
- air masak suam

Snack - keropok lekor nipis 5 keping
- jasmine green tea
- air masak

Dinner - Sayur campur & tofu
- air masak suam

Workout - Jogging 2000x
- Skipping 500x
- lompat bintang 500x
- cardio boxing 15 min

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Diet Ikut Darah

Hi..b4 ni reen ade buat entry berkenaan dengan diet untuk orang2 berdarah B macam reen...bukan ape reen jumpa artikel tentang darah B je..tu yang masukkan kat blog nie..tak sangka lak ade yang bertanye diet untuk jenis2 darah lain takde ke?..hehe..so,kebetulan tengah search kat yahoo pasal info kesihatan terjumpa la diet untuk darah2 lain nie...harap dapat membantu...huhu...jom tengok!!..

Antara jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.

Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan.

Fakta

Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Sekian...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 18/02/2009 - Rabu

Breakfast - nasi lemak sepiring + sambal ikan bilis (mak reen masak coz tido umah mak kat klang semalam) - teh o panas
- jasmine green tea

Lunch - nestle fitnesse cereal
- buah betik 2 potong
- air masak

Dinner - sayur campur
- ikan kembong
- air masak

Workout - jogging 2000x
- skipping 400x
- lompat bintang 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 17/02/2009 - Selasa

Breakfast - biskut 3 keping
- ice lemon tea

Lunch - ratah gulai ikan kembong
- air masak

Snack - keropok ikan terengganu
- air masak

Dinner - Sepiring mee goreng
- ayam goreng seketul kecik

Workout - Skipping 400x
- lompat bintang 400x
- Jogging 1500x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Geng : Misteri Hantu Durian

Hari ni Selasa reen cuti...pagi ni ada hal skit nak settlekan pasal rumah yang reen beli tu..macam2 lah...deposit api air la...sampai kat Bangunan Metro Kajang dalam kul 9.30 pagi...jumpa dengan Ms Chew..bayar segala yang pending sebelum ni...fuhh..lleeggaa rasa dah settle semua!..

Lepas tu on the way balik reen n hubby singgah The Mines sebab nak tengok Filem Animasi 3D Geng: Misteri Hantu Durian (Penampilan Istimewa Upin & Ipin)..hehe...besttt sangat filem ni..reen suker sangat..kelakar,jalan cerita menarik,adventure pastu kartun dia tak keras dan memang cantik...!.huhu..tak jemu la tengok...sesape yang belum pegi tengok..jangan lupa beli tiket sekarang!..

Sempat lagi reen posing kat depan poster filem geng nie...memandangkan reen n hubby pi tengok wayang kul 11 pagi..takde la ramai sangat orang kat panggung tu...boleh pilih ar nak duk kat mana...syok...dapat diskaun lak tu coz hari selasa kan ladies day RM7-00 sajer...

Kitaorang beli tiket dalam kul 10.15 pagi...so sementara nak habiskan masa sebelum masuk wayang sempat la jalan-jalan sekitar the mines walaupun banyak kedai belum bukak lagi...hubby reen ni tak berapa suke sangat bergambar..dalam banyak2 gambar ni la satu keping dapat snap gambar dia....huhu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 16/02/2009 - Isnin

Breakfast - nestle fitnesse cereal & fruit
- jasmine green tea
- air suam

Lunch - Keropok lekor 5 ketul
- buah betik 2 potong
- air suam

Snack - biskut fiber danone 2 keping
- jasmine green tea

Dinner - ikan kembung rebus
- air manggo
- teh o panas

Workout - skipping 500x
- lompat bintang 500x
- cardio boxing 20 minit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nestle Fitnesse & Fruit vs bebelan kuu..



Nie la selalunya breakfast reen pepagi kat ofis...senang,mudah dan cepat...sedap pun sedap..selalunye reen makan dengan hot chocolate atau makan macam tu jer..dengan air soya pun ok dengan low fat milk pun ok gak...

kadang2 reen selalu rehat lewat..maklum la keje bank nie kadang kuar tak tentu mase..agak2 rasa lapar reen kunyah la semetara nak tunggu lunch...sejak dah berkecimpung dengan warga diet kat forum BFT tu dah lame benor reen tak membeli segala makanan ringan bagai..kalau tak penuh je kat laci meja..macam 7 eleven lak rasenye..konon2 makanan ringan la sangat boring2 takde customer leh kunyah2..tapi bendalah suma tu la yang telah menjadikan diriku gemookks dulu...

Lagi satu dulu lepas balik keje...suka ajak husband gi makan..tak kira la kedai mamak ke..kedai tomyam ke...pi pasar malam lah..memang tak ingat la membeli..pastu bila dah kenyang,tengok tv lebih kurang..tidooozzzz...bersenam? alahai...jangan harap la..macam berat je nak buat...(memang berat pun time tu..ehee..)

Kegemukkan itu makin ketara pas bersalin no 2...bagai dipam2..subur kembang jer..kalau tengok kat cermin macam buah epal jerk..shape pun tak cantik...time tu sedih memang arrr..tapi tak tau nak buat ape...lepas kahwin semangat nak kurus tu tak cukup kuat..selalunyer hanyut...dari pas bersalin no 1..semua usaha ku gagal..kalau ade pun turun kejap pastu naik balik dengan jayanye..

Kalau balik kg,sedara mara pun asyik perli je..gemok la..berisi la...tembam la...arghhhh memang bengang rase nak tutup mulut sesorang yang bercakap tu..kenapa dorang sibuk sangat..ingat aku nak gemok ke? tapi nak salahkan sape ye tak..kalau bukan diri sendiri yang kena ubah rutin harian...mula2 memang seksa jugak...sekarang insyaAllah ku akan cuba memotivasikan diri untuk berdisiplin dalam bab2 makan nie..Amin!!

Terima kasih wat warga diet forum BFT...korang adalah pembakar semangat ku...!!Kerana hampir 5 tahun reen kawin..ni lah reen betul2 nak dietkan balik diri n nak dapatkan semula shape masa belom kawin dulu...mesti huband ku suka..kihkihkih..sebab dia pun salah sorang yang suka cakap reen ni tembammm!..

Ok la dah malam...dekat kul 2.30 pagi...Adiosssss!!! Jumpa lagi dalam bebelan seterusnya....

Love u all....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa dan Mengapa dalam piramid makanan?



Piramid makanan diwujudkan sebagai panduan dalam memilih makan berkhasiat mengikut keperluan.

Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa makanan bukan sahaja perlu kelihatan menarik ketika dihidangkan untuk membuka selera tetapi mestilah berkhasiat.

Namun, jika kita mengambil makanan semata-mata melayani kehendak selera, ia membawa mudarat kepada kesihatan terutama jika pengambilannya berlebihan.

Selain faktor umur, jenis makanan dan kuantitinya yang perlu diambil perlu juga mengambil kira sama ada anda seorang yang aktif atau sering melakukan kerja-kerja berat.

Justeru, sebagai garis panduan, piramid makanan dapat membantu anda untuk menentukan sajian makanan yang pelu diambil dan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan dalam sehari.

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan lengkap yang menyatakan zat dan keperluan pengambilan yang sesuai untuk menjaga kesihatan.

Ia disusun berdasarkan kumpulan makanan dan kuantiti yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

Piramid makanan terbahagi kepada lima peringkat atau kumpulan makanan yang diletakkan para paras berbeza berdasarkan keperluan pengambilannya.

Sumber: Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan Paras 1

Nasi, ubi-ubian, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin

Pengambilan: Antara lapan dan 12 sajian sehari

Kumpulan Paras 2

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar

Pengambilan: Antara tiga dan lima sajian sehari

Kumpulan/Paras 3

Terdiri daripada ayam, ikan, itik, daging dan kekacang serta susu dan produk tenusu

Pengambilan: Antara dua dan tiga sajian sehari

Kumpulan/Paras 4

Lemak, minyak, garam dan gula

Pengambilan : antara satu dan dua sajian sehari

Apakah maksud

satu sajian makanan?

Kumpulan 1

Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian:

½ cawan nasi putih

½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta

1 keping roti bijirin penuh

½ keping capati (saiz kecil)

1 cawan bubur nasi

½ cawan bijiran sarapan

1 biji ubi kentang saiz sederhana

3 keping biskut tawar/krim

Kumpulan 2

Sayur-sayuran

½ cawan sayuran berdaun hijau tua

½ cawan sayuran buah atau ubian

½ cawan lain-lain sayuran

Kumpulan 3

Buah-buahan

½ biji jambu batu saiz sederhana

Sepotong potong betik / tembikai / nanas

Sebiji pisang / oren / pir / epal

½ cawan jus buah (tanpa gula)

Susu dan produk tenusu

Secawan susu

½ cawan dadih

Sekeping keju

l Tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Kumpulan 4

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

Seketul paha ayam saiz sederhana

Seekor ikan kembung

Dua ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis

Lima sudu makan ikan bilis tanpa kepala

½ cawan kekacang kering

Empat sudu sudu makan udang kecil dengan kulit

Sekeping tauhu

Sekeping tempe

Sebiji telur saiz sederhana (gred C)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jasmine Green Tea 'Boh'


Ini sebahagian dari menu harian reen...Jasmine green tea ni reen baru gak try...memang nak beli green tea ni coz b4 nie reen minum teamix herbalife...tetapi memandang poket ku yang kian menipis..reen cuba cari produk yang agak kurang ongkosnye...haha...jasmine green tea ni jenama 'boh'...reen beli kat Guardian dalam minggu lepas...setakat ni ok la..cuma agak wangi sikit...kadang2 reen rasa cam minum perfume lak...pas ni nak try yang biasa punya la..tak yah wangi pun takpe..selalunye reen minum lepas breakfast & lunch...kalau terlebih rajin lepas dinner pun reen minum...komen reen, green tea ni memang elok la untuk meningkatkan metabolisma dan menghalang penyerapan lemak dalam badan...eewaahh pandai lak aku bagi komen...so, sesape berminat....cubalah...

Sekarang tengah promosi agaknyer kat Guardian tu...reen beli kat Guardian PJ New Town..selalunye harga satu kotak ade 24 tea bag RM20 lebih...masa reen beli hari tu dalam satu kotak ade 25 tea bag cuma RM9.90 je..tak tau la sekarang ade lagi ke tak..reen pun baru first time try green tea boh ni..

Sekian...cau...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 14/02/2009 - 15/02/2009 (Sabtu & Ahad)

Hi..reen just nak update menu weekend yang kantoi dan amatlah menjejaskan dietku...lepas ni kena exercise gila2 la nak bakar balik kalori ni..ehee...setelah sekian lama daku tak menjamah nasi dengan banyak...b4 nie kalau tingin sangat tu ada la jamah sesuap dua...tapi kali ni memang agak kantoi...so,dengan jujurnye reen pamerkan menu hari sabtu & ahad lepas k...llaayyaann...

14/02/2009 - Sabtu

Breakfast - nasi lemak ala terengganu
- sambal ikan tongkol
- milo ais
- air masak suam

Lunch - kuih bakar 2 ketul
- ayam goreng sikit
- air masak

Dinner - meehoon sup daging setengah mangkuk
- air masak suam

Workout - lompat bintang 500x
- jogging setempat 500x


15/02/2009 - Ahad

Breakfast - nasi dagang
- kuah ikan tongkol
- ayam goreng seketul
- teh o ais lmau

Lunch - nasi putih sikit
- gulai ikan
- air masak suam

Snack - kerepek pisang
- buah mangga muda cicah asam
- air masak
- air manggo

Dinner - limau suam je..

Workout - tak buat lansung coz tak sempat


Haaah...begitulah rupa gayanye diet reen yang kantoi dihujung minggu akibat balik kg...hehe...biasa la balik kg memang la begitu selalu..takleh nak elak...walau cuba ku tepis..tertepis masuk mulut sendiri...kihkih...

ok,sekian...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hentian Rehat Temerloh..


Bertolak balik dari Terengganu pukul 5.00 petang Ahad..coz esok kena gi keje..banyak benda nak settle...setelah kebas punggung duk kat dalam kereta..kitaorang suma benti rehat la kat hentian Temerloh...dah leper rase punggung nie duduk dari tadi...riba anak tido lagi...jom lepak jap..!!huhu..

Tu diaaaa!!!nasi lemak panas dengan kari ayam....seeedddaapp kan...tapi jangan salah faham yek...bukan reen punya...hubby n adik ipar ku punya..sebab diaorg lapar..berjaya gak reen ni menahan nafsu dari terjebak sama walaupun ada terliur gak...ehee..


Untuk reen...limau suam dah ler...sedar2 lah diri...setelah mangkantoikan diri weekend nie dengan makanan2 yang tinggi kalori masa kat kg...sucikan balik diet yang dah ke laut tu....ermm....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terengganu lagi....

Masih kat Terengganu lagi...lepas pegi bank, makan-makan kat durian burung...singgah beli camera kat kedai dalam Mydin...petang nie insyaAllah bertolak balik ke Kuala Lumpur..coz esok nak keje...



Dengan anak-anakku kat dalam Mydin Terengganu...tunggu hubby n adik ipar pilih kamera untuk my MIL...amelia n aleesya dah letih time ni...lapar agaknyer...alaa2 meragam gitu...yang adik lak nak susu...



Puteri sulungku Wan Puteri Amelia yang kulahirkan pada 26 Dec 2004...tarikh Tsunami!


Puteri keduaku Wan Puteri Aleesya yang kulahirkan pada 8 Dec 2007....adik dah besar la...



Reen kat depan umah ma pada waktu siang....sebelum gi bandar KT....



Reen kat depan umah ma waktu malam sebelumnye...baru balik dari umah nenek hubby..

Petang sikit nak balik...ingat nak singgah kat kedai jual kepok keping n kepok lekor...nak bawak balik KL...kepok keping wajib beli coz nak wat stok...hubby suka sangat makan dengan nasi...kepok lekor reen yang suka sangat...kihkih..oo lupa lak nak beli budu gak...seeedddaaapppnye...hiris bawang,cili padi,perah asam limau..peerrgghh memang xingat tertambah nasi...alamak terlupa diet den...

On the way balik nak ikut jalan pantai...boleh beli sotong dengan sata...memang mabeles wa cakap lu...

Ok la daaaa....cau cin cau...see ya!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...