Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Kenduri Doa Selamat...

Salam...kenduri doa selamat ni reen n family pergi minggu lepas...kat rumah mertua adik reen..hari khamis malam..lepas kerja ambik anak2 terus pergi sana..

Adik reen tengah pregnant nak masuk 8 bulan..so, doa selamat ni pun untuk dia jugak, mudah-mudahan selamat bersalin hendaknya...

Ni adik reen...Maria, dia tengah sarat peknen..bulan 5 dah nak bersalin..scan baby boy insyaAllah..harap2 dapat bersalin normal ok...anak2 reen boleh dapat sepupu..hehe..sebab reen kan anak sulong,so Amelia n Aleesya xde sepupu lagi belah reen..kalau belah hubby banyak la..

Ni bergambar kat dalam rumah pulak...sesambil meredakan perut sebab dah sumbat macam2 makanan...sedap la makanan kenduri tadi..x leh tahan..hehe..ampun diet!..nanti kita clean balik ek..

Dengan ayah reen..ayah,ibu n adik2 reen pun semua datang jugak..syok dapat jumpa semua..hehe..macam la jarang jumpa...dokat jer umah mak reen, kat klang je...kalau nak balik 45 minit je dah sampai sana...

Yang pakai baju biru tu anak2 reen, Aleesya tengah bagi susu kat anak patung sape ntah dia pinjam...yang 3 orang lagi adik2 reen no 6,7 dan 8...reen anak sulong dari 8 orang adik-beradik...maria yang mengandung tu no 2..no 3 n 4 lelaki..dua2 tengah study lagi kat UTM Skudai...yang no 5 xde dalam gambar sebab x suka bergambar..hehe...

Okess...good nite semua!!! see ya!

Reen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awasi Mentega Kacang Anda...


Mentega Kacang atau Peanut butter (dikenali juga sebagai peanut paste) Rasanya sangat sedap. Diperbuat daripada kacang tanah. Makanan ini terkenal di Canada,United States, Australia, United Kingdom,;South Africa, Papua New Guinea, New Zealand,Asia , Saudi Arabia.Bermakna seluruh dunia tahu dan kenal mentega kacang.

Pembuatannya daripada Kacang yang telah dikeringkan dan di buang kulit arinya dan dihancurkan,sehingga memperolhei pasta yang halus dan rata.Bahan emulsifier ditambah untuk membuat lemak dan cairan berpadu sempurna.

Baru-baru ini tersebar berita mentega kacang penyebab penyakit kanser hati.Isu ini berkait rapat dengan keselamatan pengguna dan perlu diambil tindakan serius kerana memberi penyakit sampingan kepada pengguna.

Harga barang bertambah naik , Logiknya jika harga mahal,barang lebih berkualiti tetapi menjadi disebaliknya.Lebih merbahaya dan sangat merosakkan kesihatan.Oleh itu elakkan makanan yang ada tambahan bahan seperti emulsifier dan sejenisnya seperti ovellate, shortening ,MSG,pewarna dan lain-lain bahan kimia dalam pembuatan makanan atau membeli makanan yang mempunyai bahan tersebut.Tahan selera untuk sehat ,Cari makanan lebih berkhasiat.Don't eat for die.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mentega Beracun Rosakkan Hati

Mentega kacang makanan yang digemari rakyat negara ini, menjadikannya sebagai bahan penyedap roti setiap kali bersarapan pada awal pagi.
Namun tahukah anda, di sebalik keenakan mentega itu, terdapat kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai aflatoksin yang boleh menyebabkan kanser hati .Aflatoksin ialah sejenis mycotoxin atau sebatian kimia yang lazimnya dihasilkan oleh kulat ketika tumbuh segar di atas bahan organik seperti jagung, kacang atau biji kapas.

Hasil penyelidikan selama dua tahun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap kebanyakan produk mentega kacang dan produk kacang jenama popular di pasaran negara ini,pada tahun 2006 dan 2007 didapati dicemari aflatoksin melebihi paras selamat."Impaknya cukup tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser hati walaupun dimakan dalam kuantiti yang kecil. Aflatoksin mengakibatkan penyakit di seluruh tubuh, tetapi biasanya diketahui punca penyakit hati dan kanser hati,"

Di bawah Peraturan Makanan 1985, paras maksimum yang dibenarkan bagi aflatoksin ialah 15 bahagian per bilion (bpb) untuk kacang tanah mentah dan 5 bpb bagi produk makanan lain."Paras tertinggi bahan itu ditemui dalam sampel gula-gula kacang yang mengandungi 50 bpb aflatoksin. Sampel kacang mentah diuji pula didapati mengandungi 25-50 bpb hingga 5-10 bpb, perkara itu berlaku disebabkan bahagian pengawasan kualiti sesebuah syarikat pengeluar tidak cekap malah 13 daripada 20 sampel mentega kacang yang diuji CAP didapati melanggar paras aflatoksin yang dibenarkan.kata Khatijah Hashim

Pengerusi Persatuan Pengguna Shah Alam dan Selangor (Cassa), Datuk Dr. Jacob George pula berpendapat label barangan harus mengandungi kriteria makanan yang jelas boleh dimakan.Setiap produk makanan harus dilabel sesuai dengan peringkat umur dan terdapat panduan jelas bahan kimia yang terkandung di dalamnya supaya ia tidak menjejaskan kesihatan seseorang kelak.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kacang Tanah dan Khasiatnya




Kacang Tanah (Arachis hypogea) merupakan sejenis spesies kekacang dari famili Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Kacang tanah merupakan sejenis tanaman tropika. Ia tumbuh secara renek setinggi 30 hingga 50 cm (1 hingga 1½ kaki). dan mengeluarkan daun-daun kecil. Kacangnya pula tumbuh didalam tanah
Kacang tanah biasanya dimakan begitu sahaja. Ia boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti direbus, digoreng, dibakar, dihancurkan dan berbagai lagi mengikut keraviti sesaorang itu mengolah makanan ini.

Kacang tanah kaya dengan lemak, . mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan kacang soya. Mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih-muih.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

Kajian-kajian menunjukkan kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah, berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia.

Namun Kacang tanah sangat dicegah pengambilan pada mereka yang menghadapi penyakit jenis ketumbuhan atau cancer payudara.Penyakit gaut dan yang mempunyai masaalah jerawat atau acne juga dinasihatkan berhenti mengambil kacang tanah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan di merata-rata tempat....!

Salam semua kawan-kawan dan pengunjung blog reen..rasa macam lama jer tak update...lagi2 sibuk...sibuk dengan macam2 perkara,hujung minggu pun xde kat rumah...seperti tajuk entry kali ni...reen berjalan di merata2 tempat...balik rumah ibu reen kat klang...ni pun baru sampai rumah...

Lepas mandi..tak tahan..terus bukak laptop,baru la boleh update aktiviti ku...hehe...Hari Sabtu pagi2 reen n family bersiap-siap nak pergi KLIA coz nak hantar makcik reen dari Melaka nak pergi umrah...lebih kurang pukul 8.30 pagi kitaorang semua bertolak dari rumah, sampai sana dalam pukul 9.30 pagi...ramai sedara-mara yang dah sampai....

Dalam kereta on the way nak pegi KLIA..breakfast pun tak sempat, nak cepat punya pasal...takut lambat sampai...tapi tetap gak boleh posing...hehe...reen duk belakang dengan anak2..adik ipar ku drive...jauh gak KLIA ni...rasa lambat lak nak sampai...

Dah sampai pun...ni la makcik n pakcik reen yang nak berangkat buat Umrah di Mekah...bestnyer dapat pergi sana kan...anak2 reen tu dah lapar sebenarnya...nak beli makanan mahal benor kat KLIA ni...last2 reen beli roti cream blueberry jer untuk Amelia n Aleesya...boleh la alas perut sikit,takde la lapar sangat..beli 2 air kotak milo yang sekotak kecik 250ml tu RM2.50..mahal kan..xpe la nak wat camne..airport la katakan...hehe..balun je arr...lepas ni kita pegi makan yer..

Ni gambar kat depan kedai Bonia..cantik tau handbag2 kat situ..geram kalau tengok...tapi dapat tengok jela...nak beli tak mampu lagi la..agak2 mahal...akan datang kalau rezeki murah boleh la suruh en hubby belikan..haha..so, tak dapat beli ambik gambar depan kedai pun ok la..hehe..

Ohh..lupa nak promote..baju reen pakai tu baju yang reen jual online kat reone-store ye..so jemput singgah sana ye..hehe..sempat lagi buat iklan..



Lepas balik dari KLIA reen n family pergi jumpa ayah mertua reen kat Kg Baru KL..sebab ayah mertua reen meniaga kat PWTC sempena perhimpunan agung umno..seminggu kat sana...jual songket n batik terengganu...best tau pi sana..macam2 ada,orang pun ramai sampai sesak tak leh nak jalan..tapi yang best sangat sebab reen pegi last day...harga memang murah giler..berpinar mata tengok macam nak beli semua...

Berbalik bab makan...kitaorang singgah kat satu kedai Kelantan memandangkan semua pun dah lapar kan...kat kedai ni reen tak pernah lagi try..ayah mertua yang bawak pergi kedai tu,orang ramai tak ingat..penuh tempat2 duduk..makan kat sana style ala2 kampung sikit..berhidang..

Lauk yang kitaorg ambik simple je..ada ulam2..ikan bakar...sambal belacan...tempoyak...budu...gulai ikan sikit..pastu ada lala masak ape ntah...makan lak dengan nasi panas2...wooo! cuba bayangkan..seedaaapnyer tak terkata..kalau tak sebab diet nak rasanye pergi tambah nasi..tangkap leleh beb...reen makan nasi separuh yang overnya ratah ikan cicah sambal belacan n budu...sedap!sedap! nanti reen mesti datang sana lagi...hehe...

Tengok...licin tak tinggal ape pun..memang berbaloi n memang sedap hingga menjilat jari dan yang penting memang lapar time makan...hehehe..

Pas ni nak meneruskan penjelajahan ke PWTC..tiap2 tahun reen mest pergi sana punya..selain jumpa abah meniaga kat sana..boleh la shopping skit...

Reen n ibu reen..sama tak muka?..orang kata sama...yela, kan mak dengan anak..tadi lepas balik dari airport janji dengan ibu n ayah reen nak jumpa kat sini (PWTC)...sempat gak la ibu reen rembat tudung2 manik yang murah2 giler jual kat sini...so, di nasihat kan pada sesape yang tak pernah pergi n teringin nak pergi jualan kat PWTC akan datang...datang la last day..syok!lelong..lelong...rugi kalau x bawak duit banyak...hehe...

Ok la..panjang pulak entry reen ni...ngantuk la..nak tido esok kerja...!

Mrs Wan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia - 10 Jenis Makanan Anti-kolesterol

Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Selepas ini, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini.

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kecantikan Wanita

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khasiat Limau Nipis

LIMAU NIPIS (CITRUS AURANTIFOLIA)

Limau nipis

Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu ketika masih kanak-kanak, kita mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur sembuh bukan?

Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat menseimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada wajah.

Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenalinya sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya sebagai limah.

Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari saudaranya limau purut. Buahnya berbetuk bulat sebesar bola pingpong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganyapun berukuran kecil-kecil berwarna putih.

Rasa masam pada limau nipis dan pada semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksid terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung didalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh.

Jika ingin melakukan pembuangan toksid, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

Kadang-kadang proses pembuangan toksid diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan itu adalah wajar.

Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksid ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.

ANEKA KEGUNAAN LIMAU NIPIS

TINGKAT DAYA TAHAN TUBUH

Menurut buku FOOD THAT HARM FOOD THAT HEAL, meminum air limau ini sebiji sehari akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan anti oksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium didalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan melancarkan sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan ditekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti di ketahui, besi adalah suatu anti oksidan. Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Adapun pospor memperbaiki metabolisme tubuh.

Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap diatas hirisan limau tersebut, laliu diperah kedalam muluit.

Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya. Mungkin kicap digunakan untuk menseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umumnya dijumpai pada ubat-ubat yang dijual dikedai-kedai ubat Cina.

DEMAM
Petiklah 2 - 4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 - 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

BATUK
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah 3 kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar diatas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah kedalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resepi ini baik juga untuk menyembuhkan selsema.

MENGHENTIKAN KEBIASAAN MEROKOK
Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk meminum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

BAU KETIAK YANG TIDAK SEDAP
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Bookmark to:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

reone-store...jom singgah..


Hi..suma kawan-kawan...

Memang minggu ni busy skit...walau hati meronta-ronta nak update blog tp ade je keje yang nak kena settle..reen pun ada banyak hutang tag yang nak kena buat..hehe...sabar ye,nanti reen jawab gak..jangan risau, biar lambat asal jawab....hehe...

Reen sibuk kumpul bahan untuk blog reone-store...sila la singgah yer..buat masa ni reen baru sempat update baju2..lepas ni akan ada kasut,handbag dan banyak lagi la..tak tau nak kata...hehe..

Ini link nyer reone-store.blogspot.com
Jangan lupa singgah...

Reen-Wan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sajer suka-suka...

Salam semua..

Di atas kesibukkan yang melanda diri ku...reen x sempat la nak meng update blog kesayangan reen ni..hehe..

Nak buat entry ape ye...ok la, sekarang ni kan tred tudung macam ekin mawi tu kan.so, reen n kengkawan kat ofis tu tak ketinggalan la nak menggayakan fesyen tudung tu..haha..selain senang bila nak pakai...cepat dan cantik terletak jer bila sarung kat kepala..amat lah sesuai untuk reen yang kekadang terbangun lambat tapi nak cepat siap pegi ofis pagi2..

Ini la rupanyer kalau dah satu ofis pakai tudung yang sama jenis...lain2 corak n colour je...time ni suma dah kebosanan sementara nak tunggu balik..sempat la posing gedik jap...

K la...Reen...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tag : Before and After.

Reen kena tag lagi...kali nie dengan neezareef...sori ye kalau terlambat jawab...bukan apa tengah kumpul bahan2 yang nak dijawab..hehe...layannn...

Tagnya ialah Sebelum kahwin dan Selepas kahwin, Sebelum Pregnant dan Selepas Bersalin..

Sebelum Kahwin

1. Sebelum kawin kitaorang panggil diri masing2 mula reen dengan wan..pastu dah lama sikit kawan panggil reen dengan abang..ala2 berkasih sayang gitu...hahaha!!

2. Sebelum kawin kitaorang tak pernah ada tarikh declare (kalau salah eja mahap ye)..sendiri paham la...tetiba je bercinta..tak tau la camne boleh couple..

3. Sebelum kawin tempat pertama kitorang dating kat Sunway Pyramid pergi tengok wayang cerita Leftenan Adnan...hehe..tu je citer yang ada...

4. Sebelum kawin selalu gi dating kat area KL..Shah Alam..sebab kalau reen pi KL jumpa hubby dating sana la..kalau dia datang jumpa reen dating kat Shah Alam la..hehe

5. Sebelum kawin reen ada la 2 kali pegi rumah bakal mertua tapi hubby memang selalu datang rumah family reen...jadinya hubby b4 kawin lagi dah memang mesra dengan family reen sebab hujung minggu kalau reen balik rumah family kekadang dia selalu ikut..

6. Sebelum kawin selalu gak tengok wayang kalau ada cerita yang best!

7. Sebelum kawin hubby reen tak berapa romantik...selamba dia jer..tak pandai nak pujuk-pujuk..so,buang karan jer kalau merajuk coz dia memang tak paham..

8. Sebelum kawin tiap2 hari mesti call..tiap2 malam sebelum tido wajib call..walau hanya nak ucap good nite!!!hehe..baru leh tido dengan aman...hahaha..

Selepas Kahwin

1. Lepas kahwin masih gak panggil reen dengan abang..pastu bila dah ada anak kasi up sikit title panggil ibu dan ayah..hehe..

2. Lepas kawin kitaorang takde honeymoon pun..budget takde arr...lepas kenduri rumah mertua duduk sana seminggu merangkap honeymoon kat rumah mertua je la...jimat kos!!kuang..kuang..

3. Lepas kawin reen terus peknen...bunting pelamin la lebih kurang..so, reen ni jadi sangat sensitif..dan semestinya jadi kuat maakaann...haha..

4. Lepas kawin hubby reen jadi lebih romantik...ehee..pelik kan biasanye sebelum kawin nak tunjuk lebih2 sikit kan..tapi dia tak..b4 kawin macam buat tak tau sangat..coz dia cakap lepas kawin baru la boleh romantik lebih sikit...berbaloi sebab dah jadi bini..macam tu ke? pape je la...

5. Lepas kawin jarang-jarang sangat dapat tengok wayang..sebab dah ada anak kan..kekadang tak sampai hati nak tinggal anak..pernah hubby masuk tengok sesorang,reen jaga anak kat luar sambil jalan2 window shopping sementara tunggu wayang tu habis...

6. Lepas kawin pun hari2 mesti call hubby..kekadang sehari 4-5 kali..hehe..walaupun takde nak cakap ape mesti call..kalau tak tak leh buat keje..hehe..ambik semangat tu..

7. Lepas kawin...yang penting sangat bersyukur dipertemukan dengan insan yang sangat memahami,penyayang,bertanggungjawab dan sangat bersabar dengan kerenah ku..ewahh! sebab reen ni jenis degil sikit..kadang2 keras kepala...tp baik hati la...kihkih...

Sebelum Peknen

1. Sebelum peknen Amelia memang dah target lepas kawin tak moh rancang2..nak terus ada baby,suka sangat baby...alhamdulillah lepas je kawin terus peknen...gembira sangat..

2. Sebelum peknen Aleesya reen pergi kursus kecantikkan dan andaman 3 hari..tp time tu tak tau peknen cuma rasa lain macam skit..perut asyik lapar je..sama macam masa mengandung Amelia..

3. Sebelum peknen Amelia berat reen 48 kg je..kurus gitu..sebab b4 kawin kan jaga makan..diet la bagai..coz mesti la nak nampak cantik lansing time kawin kan..

4. Sebelum peknen Aleesya berat reen 60kg..agak dah membesar reen ni time tu..dijaga dengan baik oleh En. Hubby..haha..memang pernah diet tapi selalu gagal..time tu tak masuk forum Cari lagi..kihkih...

5. Sebelum peknen selalu risau takut badan naik tapi bila dah peknen peduli ape aku..makan jer!boleh gitu..jangan tiru tau!!!

6. Sebelum kawin agak rajin la menjaga dan mengemas rumah...lipat2 kain baju...masak-memasak segala...tapi masa peknen reen agak malas sikit..ntah kenapa..nasib baik En. Hubby ku bersabar...

7. Sebelum peknen Amelia takde la fanatik sangat nak makan burger tp masa peknen asyik nak makan burger je..kakdg buat sendiri sebab boleh makan banyak2..

8. Sebelum peknen Aleesya reen pun takde la asyik nak makan nasi ayam..tapi masa peknen hari2 kalau boleh nak makan nasi ayam..pernah order reen sorang 2 pinggan ok!tamak..

Selepas Bersalin


1. Lepas bersalin Amelia reen pantang kat rumah ibu reen..

2. Lepas bersalin Aleesya reen pantang seminggu kat rumah mertua pastu balik rumah sendiri...

3. Lepas bersalin Amelia..reen rasa gembira sangat coz dah jadi ibu..dan baru lah reen faham macam mana sakit dan susahnya seorang ibu tu melahirkan anak..ibarat macam bertarung nyawa..jadi rasa insaf sangat...besarnya pengorbanan ibu!!!

4. Lepas bersalin Amelia dapat turunkan berat ke 60kg dari 68kg masa nak bersalin.

5. Lepas bersalin Aleesya dapat turnkan berat ke 70kg dari 83kg masa nak bersalin...oh!beratnya...

6. Lepas bersalin Amelia breastfeed dia sampai umur 6 bulan jer..coz Amelia tak kuat menyusu..so. susu badan pun jadi tak banyak...

7. Lepas bersalin Aleesya breastfeed dia sampai sekarang nie..umur dia pun dah 1 tahun 3 bulan...Aleesya kuat menyusu,kalau reen balik keje dia nampak je muka reen itu la memula sekali dia cari..hehe..

8. Lepas bersalin Amelia & Aleesya..rezeki kami pun semakin bertambah..orang kata rezeki anak2..alhamdulillah semoga terus berjaya dalam kehidupan dan semua bidang,dan semoga Allah memurahkan lagi rezeki kami...AMIN..

Dan sape ye akan jadi mangsa tag seterusnya...

1. maira
2. vogue2704
3. eynda
4. illa
5. idayu
6. diana

Ok..yang kena tag tu jawab la ye..kalau dah pernah kena tag ni dikecualikan la...

Selamat menjawab tag...

Reen...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah Dapat First Target kuu..Hoorraayyy!!!

Salam...Semua...

Reen nak update berat yang paling latest sekali...2 hari lepas reen timbang..tengok2 dah berjaya turun ke angka 55kg..gembiranya rasa..cam nak cium penimbang tu...hahaha...over la plak..masa reen start diet awal December tahun lepas, 55kg ialah target pertama reen..time tu rasanya kalau dapat capai berat ni kira reen memang terer habis la...kihkih...sebabnye lepas kawin tak penah lagi reen berjaya bab2 diet mendiet nie..asyik gagal je..hangat-hangat tahi ayam je manjang...kalau hari ni semangat esok hilang dah semangat...

So..lepas ni matlamat reen alang2 dah diet reen nak cuba capai berat sebelum reen kawin...48kg pulak...doakan yek..Amin!!

Mrs Wan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Kecantikan..

Happy Vday


1) Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

2) Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

3) Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

4) Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

5) Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

6) Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

7) Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

8) Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

9) Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

10) Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 21/03/2009 - Sabtu

Breakfast -biskut tiger danone 3 keping
- air masak suam

Lunch - nasi minyak kenduri 1 senduk
- ayam goreng seketul
- daging rendang seketul
- begedil
- air sirap

Snack - keropok lekor 2 ketul
- nugget ayam 3 ketul
- air ribena

Dinner - washington apple 2 biji (seedddaaappp)
- air masak suam

Workout - jogging 1000x
- lompat bintang 200x
- skipping 250x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejauh mana makanan mencegah penyakit?



pengambilan tomato dalam diet harian dikatakan baik untuk mengelak barah.


BETULKAH tomato membantu mengelak barah, bawang putih dapat mencegah AIDS atau minum banyak jus buah- buahan menjauhkan diri daripada nyanyuk atau alzheimer?

Meskipun sudah banyak kajian dijalankan, kesan makanan ke atas penyakit-penyakit yang membawa maut masih belum mampu dibuktikan secara total.

Begitupun, ahli sains percaya bahawa, kualiti amalan pemakanan atau diet yang seimbang adalah kunci kepada kesihatan yang baik.

Malah, kerajaan di kebanyakan negara di dunia kerap menggesa rakyatnya untuk mengamalkan corak pemakanan seimbang iaitu - lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran dan tiga bahagian produk susu dan karbohidrat, manakala lemak, gula dan minuman keras dikurangkan.

Para pakar percaya, apa yang kita makan dapat membantu mengelakkan penyakit seperti diabetes, hypercholesterolaemia (yang membawa kepada penyakit jantung) dan osteoporosis.

Bagaimanapun, para penyelidik masih bercanggah pendapat terhadap hubungan secara langsung antara khasiat makanan dengan penyakit- penyakit seperti barah, AIDS atau penyakit yang berkaitan kemerosotan fungsi saraf (neurodegenerative).

Antara beribu-ribu kajian, satu kajian dilakukan oleh pakar-pakar di Eropah telah menyimpulkan bahawa mengambil serat buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin dapat mengurangkan risiko barah usus.

Buah-buahan juga dipercayai dapat melindungi diri daripada jangkitan kanser paru-paru dan prostat. Kajian para pakar Eropah juga menyarankan pengambilan lima cawan teh hijau sehari. Teh hijau dipercayai kaya dengan catechin - bahan polyphenolic anti-oksidan daripada tumbuh-tumbuhan.

Lemak industri atau lemak yang terhasil melalui proses industri, sememangnya diketahui memberi kesan kepada sistem kardiovaskular dan meningkatkan dua kali ganda barah payu dara, sedangkan kacang soya dapat mengurangkan risikonya sebanyak tiga kali ganda.

Bagaimanapun, kacang soya yang kaya dengan anti-oksidan dan membantu sel hidup, boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan.

Lycopene, iaitu pigmen merah terang bersifat anti-oksidan yang ada di dalam tomato dan buah-buahan merah lain, juga didapati oleh sebilangan penyelidikan mampu mengurangkan risiko barah, tetapi Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) menyatakan tidak ada bukti kukuh mengenai dakwaan itu.

Begitupun, alzheimer atau nyanyuk dapat dikurangkan dengan pengambilan pomegranate atau buah delima.

Sememangnya, tidak ada istilah makanan baik atau buruk. Bagaimanapun, mengambil lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan lemak haiwan, merupakan satu tabiat makanan yang baik yang boleh difikirkan oleh sesiapa saja.

Pakar dari Pusat Penyelidikan Makanan dan Kanser Perancis, NACRe, menyebut bahawa diet yang melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan tidak terlalu banyak alkohol akan membantu mengelakkan kanser pada mulut, saluran pernafasan, paru-paru, perut, pankreas, usus dan pundi kencing.

Selepas mengumpulkan lebih 7,000 kajian dari seluruh dunia, Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) menyarankan masyarakat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak, serta mengelakkan makanan yang rendah serat. Sebaliknya, makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sebagainya..

Corak pemakanan yang baik juga kunci kepada rawatan terhadap pesakit HIV positif memandangkan kekurangan khasiat makanan melemahkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan ketahanan badan.

Bagaimanapun, makanan yang baik tidak boleh menggantikan anti-retroviral yang perlu diambil oleh pesakit AIDS walaupun terdapat dakwaan oleh Menteri Kesihatan Afrika Selatan, bahawa bawang putih, lemon dan sayur-sayuran dapat memerangi penyakit yang membawa maut itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 20/03/2009 - Jumaat

Breakfast - sardin roll 1
- karipap 1
- nescafe o panas

Lunch - sup sayur campur
- buah betik 2 potong
- air masak suam

Snack - karipap seketul
- air masak

Dinner - nasi sikit
- sup sayur + aym n daging sikit
- limau suam

Workout - jogging 1000x
- lompat bintang 200
- skipping 500x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak Jawab Tag Dari Bimbo...

Salam...reen kena tag dengan Bimbo...sorry yek bim..lambat jawab tag mu ini..

Ok..jom layan tag nie...harapnyer gambar yang bertuah tu ialah gambar yang dapat diterima oleh pandangan mata..hehe...buatnyer gambar ntah pape..camne nak buat..hehe..

Instruction:
Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!


Picture descriptions:

Gambar ni masa Birthday Amelia n Aleesya bulan 12 tahun lepas (2008)..memandang dua2 pun lahir bulan December...kakak lahir 26/12/2004...adik pulak 08/12/2007..buat sekali senang,jimat kos...sedap tau kek nie,lembut je...cukup rasa la...

Blueberry Cake ni reen order kat kawan ofis..makcik dia memang pakar bab2 buat kek ni..tak caya tengok la Amelia makan sampai terpejam2 mata..sedap sangat la tu...kalau makan time sejuk lagi best...

Ape lagi ye...tu je kot pasal gambar nie..Ermmm nak tag sapa yer...jeng!jeng!jeng!

- Idayu
- Na Shari
- Ayu Cinta
- Intan.Dayana
- Reen
- Diana

p/s:- jangan lupa jawab tag tau!...hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 19/03/09 - Khamis

Breakfast - Karipap seketul
- roti sardin sekeping
- wadeh seketul
- milo ais (banyak lak makan)

Lunch - 2 biji buah epal merah
- air masak suam

Snack - biskut danone hi fiber 3 keping
- air masak
- buah epal merah sebiji

Dinner - makan buah mangga masak 3 biji cicah sos rojak buah
- air masak

Hari nie terover makan buah..sampai kenyang bangat rasanyer........hehe...

Workout - jogging 1000x
- lompat bintang 200x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 18/03/09 - Rabu

Breakfast - biskut danone hi fiber 4 keping
- nescafe panas

Lunch - Roti gardenia butterscoth 2 keping
- buah epal merah sebiji
- air masak suam

Snack - biskut 3 keping
- buah epal sebiji

Dinner - nasi 3 sudu
- ayam goreng seketul

Workout - jogging 1500x
- lompat bintang 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 17/03/09 - Selasa

Breakfast - Biskut Danone hi fiber 4 keping
- teh o panas

Lunch - Sup sayur-sayuran
- buah betik 2 potong
- air masak suam

Snack - roti gardenia butterscoth 2 keping
- air masak suam

Dinner - cekodok bawang + ikan bilis cicah sos 5 ketul
- teh o panas

Workout - jogging 1500x
- lompat bintang 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jusco Cheras Selatan..

15/03/2009 -Ahad

Pergi jalan-jalan beli barang kat jusco Cheras Selatan..boleh la gi redeem voucher sekali..RM30, ok la kan...sape nak bagi..hehe..

Nak beli barang dapur sikit n susu Aleesya sekali sebab stok susu kat rumah dah habis..nasib baik gak Aleesya ni susu badan jugak lagi..so..takde la keputusan sumber susu..kihkih...

Seperti biasa memana pergi pun mesti bawak kamera...


Dalam kereta pun sempat lagi ambik gambar...hehe..suka hati la janji bahagia...



Aleesya ngantuk sangat,tak cukup tido agaknya..dari dalam kereta lagi dia tido..syok kena aircond la tu..sampai kat Jusco pun masih lena lagi..nasib baik kat belakang kereta memang spare bantal jadi letak Aleesya dalam troli alas kepala dengan bantal..alas badan takde plak..xpe la ye..itu pun lena gak dia tido..lama...kalau nak dukung lama2 xlarat ..mana nak beli barang lagi...

Gambar dari pandangan belakang..haha...reen pun tak sedar bila hubby ambik gambar nie...tapi yang penting nampak slim skit..perasan plak!hehe..kalau dulu bumper agak besar okay...

Amelia pun nak ambik gambar jugak...tengok! adik tido lenanya kat dalam troli tu...walaupun keliling riuh rendah...pedulikan...zzzzzzz!


Ok..rasanya suma dah lengkap..barang2 dah beli..boleh la balik rumah, nak masak pulak coz jap lagi adik ipar ku nak datang..takkan nak biar lapar kan..jadi harus masak balik rumah nanti...nak masak ape ye?...simple2 je..janji kenyang...


Okeesss....Reen...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 16/03/2009 - Isnin

Breakfast - biskut hi fiber 4 keping
- nescafe o panas

Lunch - 3 keping roti gardenia butterscoth
- buah betik 2 potong
- air masak suam

Dinner - meehoon sup daging 1/2 mangkuk
- buah mangga manis
- teh o panas

Workout - jogging 1000x
- lompat bintang 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 15/03/2009 - Ahad

Breakfast - roti canai
- teh o panas

Lunch - keropok ikan 4 keping
- cekodok bawang + ikan bilis cicah sos 5 ketul
- air masak suam

Dinner - biskut tiger danone 3 keping
- air masak

Workout - skipping 700x
- jogging 1000x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 14/03/2009 - Sabtu

Breakfast - bangun agak lambat x sempat breakfast
- air masak suam

Lunch - Nasi minyak kenduri kawin
- ayam masak merah seketul
- daging rendang seketul
- acar timun
- kentang kuah kurma
- air sirap

Minum petang - keropok lekor 4 ketul
- cendol

Dinner - biskut danone 2 keping
- air masak suam

Workout - jogging 1500x
- skipping 500x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenduri Kahwin...

Hari nie pegi kenduri kawin kat Gombak..Dewan Komuniti Ibu Kota...gitu la lebih kurang nama tempat tu...

Nama Pengantin tu Jaja..kawan hubby masa kat ofis lama dia...so,nie la sebahagian pic yang berjaya dirakam..hehe..

Tengok betapa seleranya makan..td tak sempat breakfast..dari rumah terus siap2 datang sini..lauk2 pun macam best jer..belasah jer ar..kihkih..best gak dewan ni..aircond sejuk berfungsi dengan baik walau ramai orang...kat luar panas terik..hehe..so,takde la berpeluh2 makan..bedal sambal belacan pedas pun relax jer...kelebihan buat kat dewan yang sejuk..hehe...best!best! mesti sewa pun mahal ni..

Masa kitorang tengah makan..pengantin pun berarak masuk dewan..pastu makan beradap...sesambil diaorg makan ada tarian ala2 zapin gitu..cam best jer tengok org menari..gemalai je nampak..nape la dulu tak belajar menari..hihi..

Reen bersama dengan princess2nya..dah nak balik..comel tak princess2 ni pakai baju putih..reen suka tapi kena sentiasa berjaga2 la sebab baju putih kan cepat kotor..tapi tak sempat nak ambik gambar banyak2 dengan princess ibu ni..coz keluar dari dewan..panas bukan main kat luar..mood nak ambik gambar pun dah kurang..hubby yang selalu jadi tukang ambik gambar pun dah malas nak layan...haha..cepat masuk kereta balik rumah..panas nih!

So..lain kali la yek kita pi taman2 ambik gambar...tp sebelum sampai rumah sempat lagi singgah kat mamak cendol tepi jalan...haus la tak puas minum time kenduri tadi..sesambil makan keropok lekor panas yang baru goreng...syiok..!

Malam ni nampak nyer kena makan biskut jer la...tak leh makan berat2 ye..Awas diet anda..!hehe..

Ok..bye..

Mrs Wan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedai Mamak vs A&W...


Hari Khamis lepas kerja pergi Padang Kota Damansara coz hubby nak jumpa kawan dia kat sana..so,sementara tunggu kawan hubby sampai kitaorang gi minum la kat kedai mamak area situ..minum je la sebab xde rase nak makan lagi...

Dengan adik aleesya yang tak boleh nak duk diam kat dalam baby chair tu...

Dengan kakak Amelia yang dah bosan tunggu kawan ayah ni tak sampai lagi..ermm nape la lambat benor kawan ayah ni datang...penat ni,lepas keje ambik anak terus datang sini...

Ok..lepas tu on day way nak balik rumah,masa dalam kereta Aleesya lak berak..mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan..apalagi cari toilet Petronas la..nasib baik tak berapa jauh tu ade station Petronas..cuci jangan tak cuci..hehe..

Sebelah dengan Petronas Padang Kota ada A&W la..wow macam best je kalau dapat minum air root beer...singgah lagi minum...hihi..

Masuk A&W..order la menu apa yang nak diorder..hehe..orang tak berapa ramai kat situ maybe sebab hari hujan..orang suma lagi suka berkubang kat rumah dalam selimut..lagi best kan...maklum la sekarang ni musim hujan kan..hari2 hujan kl ni..

Anak-anak ku yang setia menunggu makanan yang ibu order...

Dah sampai.....nampak sedap kan..memang sedap pun...hehe..kentang goreng takde dalam gambar coz dah habis dimakan oleh anak-anakku...

Yeahh...dah habis makan..jom balik..muka pun dah mengantuk..so,balik rumah tido..esok nak keje..

Babai..

reen...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 13/03/2009 - Jumaat

Breakfast - cekodok bawang 3 ketul
- rasa 2 sudu nasi lemak kawan kat opis lauk sambal paru...seeddaap..
- nescafe panas

Lunch - kuih karipap seketul
- sardin roll seketul
- air masak suam

Dinner - Mee tomyam ayam 1/2 mangkuk
- teh o panas

Workout - skipping 400x
- jogging 1000x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 12/03/2009 - Khamis

Breakfast - karipap pusing 2 ketul
- teh o panas

Lunch - tomyam campur
- sambal goreng kentang
- air limau suam

Dinner - 3 keping biskut tiger danone
- air masak suam

Workout - jogging 2000x
- skipping 400x
- lompat bintang 200x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 11/03/2009 - Rabu

Breakfast - biskut danone hi fiber 3 keping
- air teh o panas

Lunch - roti 2 keping
- buah betik 2 potong
- karipap sardin seketul
- air suam

Dinner - meehoon sup ayam 1/2 mangkuk
- teh o ais limau

Workout - skipping 400x
- jogging 2000x
- lompat bintang 200x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 10/03/2009 - Selasa

Breakfast - Kuih karipap seketul
- kuih cucur badak seketul
- air masak

Lunch - keropok lekor 5 keping
- buah betik 2 potong
- air kelapa

Dinner - nasi putih
- sup sayur
- teh o panas

Workout - skipping 500x
- jogging 1500x
- lompat bintang 300x

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kena tag dengan Vogue2704...

Salam...

2 hari lepas masuk blog vouge...rupa2nye reen kena tag...tak sempat nak jawap..nie baru nak memerah otak menjawab soklan2 itu...jom layannnzzz je laaa......hehe..

1. Do u think u're hot..

Ermmm..mesti la, tak caya tanye my hubby..hehe...hot mama..kuang!kuang!

2. Upload ur fav pic



3. Why do u like that pic ?

Sebab cute ar gambar adik kakak nie...n sebab reen sayaaangg sangat anak2 reen...ibu sayang Amelia & Aleesya..Mmuuaahh!!!

4. When was the last time u ate pizza ?

Rasanya dalam bulan 1 hari tu...pizza buat sendiri..macam2 pizza reen buat...sedapnyer bila letak mozzarela chesse bebanyak...nyum nyum..

5. The last song u listen to ..

Sempurna-Andra And The Backbone...sebab bila bukak blog reen jer dengar lagu tu..hehe...

6. What r u doin rite now beside this ?

Tengah mengadap laptop sambil jengok blog kawan2 yang baru update...sesambil jugak tengok tv..

7. What name u prefer beside yours ?

Wan Mohamad...Wan Puteri Amelia...Wan Puteri Aleesya...i likeee....!

People to tag :

1. yazeema
2. neezareef
3. mia-ina
4. attyfir
5. insomniashah

8. who is no 1?

rakan blog yang rajin menjengah blog ku dan rajin bagi komen...Tq...hehe..anak dia comeiii...

9. no.3 is having relationship with ...

haa?...dengan tunang dia la kot...hehe...agaknyer la...reen pun tak pasti dia dah tunang ke belum...x habis baca blog dia lagi...

10. say something bout no 5

Pengikut baru blog reen...selalunyer pempuan je yang ikut blog reen ni...nampaknyer dah ada kaum adam yang mengikuti perkembangan blog ku...hehe..

11. how about no 4

Pun kawan baru kat blog...ibu kepada 3 orang cahayamata...yang sumanya lelaki (kena menuntut ilmu camne nak dapat anak leleki dari dia nih!)hehe...betul tak atty...?kalau salah mahap yek...

12. and no.2


kawan blog yang selalu gak menjengok blog ku dan memberi ulasan..hehe...ade sepasang cahayamata yang comel...

So,sesape yang kena tag tu jangan lupa jawap okess....hehe...enjoy...!

Daaa..Mrs Wan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Mines Lagii...

9/03/2009...Isnin -cuti-cuti..

Hari ni nak pergi The Mines lagi...coz itu lah yang paling dekat dengan rumah kan...hubby nak bawak Amelia tengok filem Geng...ipin & upin tu...

Hari tu reen n hubby je pi tengok...anak2 tak ikut...kesian lak kat Amelia merengek nak tengok filem animasi tu...tp ibu n ayah lak yang pi tengok dulu...hehe...

So,walaupun hubby reen nak tengok wayang 2 orang jer dgn Amelia...reen tetap nak ikut gak walau tak dapat masuk sekali..ku kebosanan la duk kat rumah...so,kalau ikut boleh gak jalan2 cuci mata..selain tu tugas reen jaga Aleesya kat luar..bawak jalan2..makan aiskrim ...main kejar2 dengan dia...

Ermm..pernah try bawak masuk Aleesya dalam wayang..masa tu tengok filem High School Musical..tapi separuh jalan cerita tu dia dah mula tak nak duduk diam..nangis2..pastu bila dia start keluarkan siren nangis dia kuat2..reen pun kuar la...cian la kat org2 dalam panggung tu ada extra sound effect lak...sorry..hehe...tinggal la hubby n Amelia jer tengok citer sampai habis..

Sesambil tunggu hubby n Amelia habis tengok wayang..reen jejalan la..habis suma kedai baju ku redah...hehe..tapi tak beli pun..syok tengok fesyen2 terbaru..budget takde lagi...tunggu raya la..

Aleesya boring...xde geng..kakak dah masuk wayang...jom adik,jalan2 dengan ibu..

Ibu takde duit syiling la...adik posing je la...seronok dapat masuk kat dalam keta mainan tu...walaupun xleh gerak...hehe...



Sempat lagi makan aiskrim sambil main2..nak suapkan tak nak..nak pegang sendiri..macam la dah besar sangat..nasib baik la vanilla kalau kena baju tak nampak sangat..kalau beli aiskrim coklat tak tau la macam mane comotnye...

Penat gak pusing2 the mines tu...suma tingkat reen jelajah..nak2 Aleesya dah penat, tak moh jalan..kena la reen dukung dia..senaman gak tu kan...hehe...

okesss....see ya!

Mrs Wan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Snek Antipenuaan

Pastikan anda mempunyai snek sihat bersama anda setiap masa untuk mengelakkan godaan snek berkalori tinggi.

SNEK saban kali mendapat reputasi tidak baik. Namun, sekiranya anda bijak membuat pilihan yang betul, anda sebenarnya dapat memperoleh manfaat kesihatan dan menikmati jangka hayat lebih lama.

Mengapa snek? Kebanyakan kita sudah biasa makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Tetapi adalah sihat untuk mengambil hidangan kecil secara kerap. Misalnya, lima hidangan kecil sehari.

Mereka yang mengamalkan kaedah pemakanan seperti ini akan menerima sejumlah nutrien, gula dalam darah dan tenaga secukupnya sepanjang hari. Malah, ia juga tidak akan memudaratkan sistem metabolik dan pencernaan anda.

Apabila anda mengamalkan lebih banyak pengambilan hidangan kecil sepanjang hari, anda kurang cenderung untuk makan berlebihan pada hidangan seterusnya. Sebaliknya, anda sebenarnya akan mengambil jumlah kalori yang lebih rendah dalam sehari.

Pastikan anda mempunyai snek sihat bersama anda setiap masa untuk mengelakkan godaan snek berkalori tinggi. Berikut adalah antara lima snek pilihan utama.

1. Beri




BUAH beri sememangnya kaya dengan antioksida. Kepelbagaian kulit beri yang terdiri daripada warna merah, ungu dan biru menandakan ia kaya bioflavonoid. Ia merupakan sejenis bahan antioksida yang dapat mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Flavonoid-falvonoid ini adalah antioksida yang lebih berkesan berbanding vitamin C dan E. Malah, ia lebih berkesan daripada aspirin dalam mengurangkan kesan keradangan.

Beri biru adalah pilihan terbaik kerana ia bukan sahaja memiliki tahap kandungan antioksida tertinggi tetapi juga mempunyai unsur-unsur pelindung saraf. Unsur-unsur pelindung saraf ini dapat melindungi sel-sel otak daripada rosak, membantu melambatkan petanda-petanda awal penyakit yang berkaitan dengan peningkatan usia seperti hilang ingatan, penyakit Alzheimer dan nyanyuk.

Beri juga mengandungi kompaun baik antosianin. Antosianin merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin. Para penyelidik Cina sejak sekian lama mendapati beri mampu mengekalkan tahap kesihatan pesakit diabetes. Kompaun- kompaun ini juga melindungi anda daripada penyakit kanser, artritis dan penyakit jantung kerana kesan pengurangan kolesterolnya.

2. Epal




TERDAPAT pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari. Satu kajian mendapati, mereka yang makan melebihi lima epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak mengambil epal.

Para saintis juga telah mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.

Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Pektin juga boleh mencegah kanser kolon yang merupakan salah satu punca kematian utama di kalangan mereka yang berusia 60 ke atas.

3. Aprikot




Salah satu jenis makanan ruji di kalangan masyarakat panjang usia di lembah Hunza di Himalaya adalah aprikot. Kajian mendedahkan aprikot memiliki kandungan dan variasi karotenoid tertinggi berbanding makanan lain.

Karotenoid adalah antioksida yang membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan paras kolesterol tidak baik dan melindungi tubuh daripada kanser.

4. Kekacang




Pengambilan sejumlah jenis kekacang setiap hari boleh memperbaiki peredaran darah dan membentuk otot tubuh.

Kekacang dipenuhi dengan kandungan arginine iaitu sejenis asid amino yang membantu melawan penyakit jantung, ketidaksuburan, mati pucuk dan tekanan darah tinggi. Ia juga membantu proses penyembuhan.

Tambahan pula, arginine boleh merangsang kelenjar pituitari.

Selepas usia 35 tahun, hormon mulai menjunam dan anda akan melalui sebahagian daripada simptom-simptom penuaan. Kulit mulai kehilangan kesan elastik, otot pula hilang kekuatannya manakala tisu-tisu tubuh juga merosot.

Sebahagian besar kekacang adalah kaya dengan sumber vitamin E, lignan dan asid lemak omega-3 yang melindungi anda daripada penyakit jantung dan kesan penuaan.

Badam, kacang pain, bijan, kacang Brazil, walnut, benih labu, benih bunga matahari, benih flax, kacang tanah dan pitachio adalah antara kombinasi menarik. Ingatlah bahawa kekacang mentah adalah kaya dengan nutrien berbanding yang dibakar. Jadi, pastikan kekacang yang diambil adalah segar.

5. Avokado




DALAM banyak-banyak nutrien antioksida, glutation dikenali sebagai antioksida utama. Kompaun yang wujud secara semula jadi ini boleh ditemui dalam avokado, asparagus, walnut dan ikan. Ia terdiri daripada tiga jenis asid amino iaitu glisin, asid glutamik dan sisteina.

Glutation dapat menyelaraskan sel-sel imunisasi, melindungi tubuh daripada kanser dan membantu mendetokskan badan.

Kekurangan glutation dalam badan akan menyumbang kepada masalah diabetes, penyakit hati, penyakit jantung, bilangan sperma yang rendah dan penuaan pramatang.

Avokado juga merupakan satu sumber L-sisteina yang membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan berbahaya akibat pencemaran, bahan-bahan kimia, radiasi, alkohol dan asap rokok. L-sisteina juga membantu meningkatkan tahap imuniti, melindungi anda daripada penyakit jantung dan membina otot. Ia juga berguna untuk melawan keradangan dan menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.

Gabungkan avokado dengan biskut atau roti penuh bijirin untuk keenakan hidangan kaya serat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...