Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Snek Berkhasiat

Apakah snek berkhasiat?

  • Pengambilan snek antara waktu makan utama boleh menyebabkan berat badan meningkat dan mengganggu pola pemakanan hariannya.
  • Bagaimanapun, jika anda mengambil snek yang baik dalam masa yang bersesuaian, ini boleh memberikan tenaga yang lebih .
  • Snek perlulah diambil sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu makan utama.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/teens/buah2an.jpg

Tujuan pengambilan Snek?

  • Pengambilan snek boleh menambahkan vitamin, mineral dan nutrien-nutrien yang lain dalam makanan.
  • Ini juga dapat memenuhi kedua-dua keperluan iaitu nutrisi dan sosial.
  • Pengambilan snek adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi perlu dipelbagaikan jenis makanannya.

Bagaimana memilih snek yang berkhasiat?
Panduan memilih snek :

  • Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam.
  • Cuba pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin dan mineral.
  • Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
  • Rancang snek anda untuk mengelakkan anda memakan apa sahaja yang anda lihat.
  • Ambil snek hanya apabila anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan atau gelisah.
  • Hadkan pengambilan snek kurang dari 250 kilokalori setiap kali ianya diambil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...