Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Beriani Gam Putra-Jaya

Salam...

Erm...Entry makan2 lagi...ape nak jadi ni..hehe..reen n family gi makan kat sana hari Ahad lepas..disebabkan hari sabtu tu letih sangat dari siang sampai malam, jadinyer agak lewat ar bangun Ahad tu...punya lah lapar..ape lagi keluar cari makan la...breakfast skip so lunch terus. Maka tu yang sangat berselera makan...dah lama nak try makan kat sini tp selalu jer tak jadi tp hubby reen dah pernah gi makan kat sini dgn kekwn ofis dia,dia kata ok..so,cuba jangan tak cuba...

Pada kawan2 yang tengah 99HTN tu...sori la yek kalau baca entry reen nie...jangan terteringin lak nak pi makan...sabar tu kan separuh dari iman.Janagan Marah!..ehe


Nie la signboard 'Kafe Beriani Gam Putra-Jaya' yang dipacak kat tepi hiway ke Putrajaya..dah berpuluh2 kali lalu kat situ baru ler nak menyinggah...

Ni la rupanyer nasi beriani kami...reen punyer beriani ayam merah, en hubby nyer beriani kambing...mahal gak la sepinggan sampai RM13!!...tersedak jap tengok harga...haha..tp reen rasa hubby nyer beriani kambing sedap lak...tukar bleh!.

Hubby Punyer

Reen Punyer

Licin yer kawan2..lapar punya pasal..tapi reen share dgn anak2...suapkan diorg skali...hehe cover la konon x makan banyak...time tu ada gak rasa nak tambah tp mengenangkan harganye terus ku tak jadi...kihkih...

Semua licin, tak tinggal ape...berbaloi bawak kitaorg ni gi makan2...gerenti beres...!tak dak membazir punya...

Pape pun ok gak la makan kat situ cuma RM nyer tu...xleh nak datang selalu...

Azreen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan-makan...di Chop N Steak Seri Kembangan

Salam..

Dah beberapa hari nak wat entry nie tapi asyik tertunda2 je...pi makan2 ni hari Jumaat lepas...kebetulan hubby ada perjumpaan dengan kawan2 masa belajar kat UPM dulu...reen x join la coz sumer xstudent jer...kiranyer reen pi hantar kan hubby kat sana la...so, before kengkawan dia sampai reen n anak2 makan la dulu kat situ...Ok la makanan kat sini..sedap jugak n murah gak la...kalau tak sedap takkan sepinggan licin reen berjaya habiskan..

Tengok ar gambar nie...

Time ni makanan belum sampai lagi...Amelia n Aleesya dua2 duk kat dalam baby chair..senang skit nak control diorg..kalau tak sampai ke bawah meja pun boleh main...hehe..

Ini air yang reen order...Mango Juice...sedap sebab dia blend skali dengan air batu...best!2..

Nie plak makanan yang reen order, Grill fish...tak tau la nape reen suka order nie..kekonon diet la makan ikan jerk...protein tu!...haha...tapi sedap la bagi reen...orang lain nyer tekak tak tau la..lagi satu reen suka order chicken sizzling with blackpaper sos...pun sedap gak... lamp chop tak beraper minat sangat tapi hubby suka la...

Amelia..Aleesya...

Bergambar kat dalam restoran tu gak...macam ade pondok2 yang orang leh makan bersila dgn meja kecik...ala2 jepun skit...

Reen dan makanannyer,..muka cam dah tak sabar nak makan tapi still nak bergambar lagi...tapi jangan tak tau bukan reen sorang jer yang asyik dok ambik gambar makanan sebelum makan...ader 2-3 meja sebelah reen pun bergambar dengan makanan bagai...hehe, reen cakap kat hubby diorang ni sumer nak masukkan gambar dalam blog diorg la kot...

Makanan ku yang habis licin langsai...kenyang2..leh balik dulu sementara tunggu hubby habis makan2 dengan kengkawan dia...

Sesaper yang nak try boleh la datang ke Chop N Steak Seri Kembangan nie...erm kat Kg Bharu pun ader branch dia...

Babai...Azreen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jejalan lagi...pergi putra Height

Salam..

Entry ni patut buat last week tapi tergendala coz gambar tak masukkan lagi dalam laptop...malas..haha...tu la alasan paling konkrit...

Reen kan ade wat entry pasal kaki lenguh pasal jam n hujan...patutnyer nak tepek sekali gambar ni tapi dah penat n tak larat...

Reen n anak2 pergi Putra Height...jumpa member reen..kitaorg ingat nak share sewa satu kedai kat sana so bulan2 takde la mahal sangat nak bayar...pi sana jumpa dia bincang2 la apa yang patut.. Ok la jugak tempat tu...dekat dengan Giant n tak lama lagi akan ade lrt masuk sampai kat dalam tu...betul2 seberang jalan kedai yang kitaorg gi tgk tu...

Kalau semuanye ok xde masalah maybe reen kongsi sewa la...hehe...pape pun kena tanye gak pendapat En. Hubby...kan restu tu penting...

Janji dgn member tunggu dia kat simpang Putra Height tu...kat Petronas..so sementara tunggu dia sampai reen n anak2 posing ler dalam kereta...kalau tak boring lak..tgk la gambar...

Nie gambar ibu kepada Amelia n Aleesya..tetap tak nak lepaskan peluang berposing...

Anak2 ibu yang sentiasa gembira gi jalan2 dengan ibu...

Tengah main2 dalam keta n pastu boleh bergaduh2 gak dalam kereta sampai jerit2 n nangis2....

Ok ke posing macam nie...ala2 perasan cun..haha..suka hati la, blog ku so takde saper nak marah..hehe..

Part nie adalah yang paling tak disukai sekali,iaitu time balik...masa reen ambik gambar nie hujan dah reda sikit..kalau tidak punya la lebat sampai tak nampak jalan...cuma nampak lampu kereta yang menyala je..siap petir2 lagi...takut sangat masa tu...dekat 2 jam duk mengharung jem dalam kereta baru la sampai umah..huhuhuh

Memang musim hujan kot sekarang nie..tetiap hari hujan kan...sekarang ni pun kat umah reen hujan...

Tu jer...see ya...-Azreen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Diet oohh Diet...



Awas!!...Ini bukan gambar lucah tau!...tengok la dari sudut positif!..ni gambar bentuk tubuh yang menarik selepas berjaya Diet...hehe...

Salam...Selamat Pagi...

Semoga hari nie akan lebih gembira dari hari2 sebelumnya...bercakap pasal diet nie..erm lama gak eh reen x story pasal diet reen kan...maklum la lepas2 habis raya nie bila nak start balik ke segmen mendietkan diri...ku rasa kan macam ader kelemauan la disitu...Ntah la ye kenapa...

Tapi...hehe...jangan risau coz reen masih lagi hadkan pengambilan makanan dalam sehari...seboleh-bolehnyer reen akan cuba kawal nafsu makan..but kekadang kalau dah lapar sangat reen bedal gak la.. faham2 je la ala2 sibuk dan menyibukkan diri pergi ke merata tempat...hehe...

Sebelum nie masa mula2 diet dulu reen selalu gak akan letak menu harian reen kat blog nie... pendek kata semua benda yang reen makan akan dikey in la ke dalam blog nie...Sekarang tak lagi coz reen xde la ikut segala menu diet macam dulu...very the serius gitu!!! now ada sikit kelonggaran...

Dulu reen memang betul2 kena kuruskan badan...bayangkan pas bersalin second baby 69kg...beratkan!...so setelah berpenat lelah dengan segala rutin diet itew reen berjaya la turunkan berat ke 55kg...erm tp kalau boleh nak kasi turun sampai 50kg...tp ini pun dah bersyukur sesangat...

Reen tetap ada makan nasi tapi kuantitinyer xbanyak la...sekali shj dalam sehari ok!...kalau reen makan nasi tghari maka malam reen ganti dengan yang lain pulak...cuma time raya tu jer xleh nak tolak nasi coz banyak sangat open house yang majoritinye makanan sangat la menduga iman..hehe.. time raya dikecualikan dari berpikir bab2 diet ni...cuti n bebas..kahkah...

Panjang lak kan...sekarang ni takde la fikir sangat nak buang lg 5kg tue...cuma kawal pemakanan jer...kalau ada rezeki turun la...hehe... boleh ke macm tu?..jgn tiru tau...Yang penting walau apa pun makanan yang diambil pastikan ianya menyihatkan...ok kawan2!!

p/s:- Tolong doakan reen boleh kurangkan lg 5kg tu k..huhu

okess la..sekian tq coz sudi baca bebelan ini...-Azreen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ciri-ciri Wanita Diminati Lelaki

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banyak Kolesterol Tak Baik Bagi Kesihatan

Kendalikan Kolesterol (doc Corbis)
Tubuh manusia secara alami memproduksi kolesterol, namun jumlah yang dihasilkan sesuai dengan genetika. Terlalu banyak kandungan kolesterol juga tidak baik bagi kesehatan.

American Heart Association seperti dilansir Dietslnreview.com menyatakan, kriteria kandungan asupan kolesterol dalam tubuh bila kurang dari 200 miligram/dl dianggap sehat. Sedangkan 200-239 mg/dl adalah perbatasan kolesterol tinggi, serta 240 mg/dl dan di atas adalah tingkat kolesterol sehat.

Banyak dari makanan favorit juga memiliki kolesterol tinggi. Tetapi ada beberapa makanan yang dapat menurunkan tingkat tersebut. Berikut adalah lima makanan untuk menurunkan kolesterol:

1. Oatmeal and Oat Bran: Kandungan serat yang penting membantu memerangi kolesterol yang tinggi. Oatmel mengandung serat yang dapat memecahkan kolesterol.

2. Kenari dan Almond. Jenis kacang ini mengandung polyunsaturated fatty acids yang dapat membantu menghancurkan kolesterol.

3. Ikan dan Omega 3 Fatty Acids. Jenis ikan ini mengandung di antaranya salmon, makarel, dan tuna memiliki kandungan omega tiga yang dapat menyehatkan hati dan menurunkan ke kadar kolesterol.

4. Olive Oil. Ini mediterania diet yang menyediakan antioksidan yang rendah kolesterol LDL. Konsumsi Olive oil direkomendasikan setiap hari.

5. Makanan yang mengandung sterols dan stanols yaitu zat yang ada dalam tanaman yang dapat membantu memblokir penyerapan kolesterol. Makanan yang termasuk dalam jenis itu di antaranya margarine, air jeruk, serta yogurt. Selain itu, makanan lain yang baik untuk menurunkan kadar kolesterol adalah buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, biji-bijian, dan kacang.

Itu adalah beberapa contoh makanan yang dapat mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh yang dapat Anda makan.

Membuat makanan tersebut bagian dari keseluruhan diet seimbang dan Anda akan menikmati makanan seperti telur dan daging sapi tanpa khawatir dari kesalahan atau merusak kesehatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Durian Merah...Biar betul!!!!..

Salam

Selamat tengahari semua....korang pernah tgk durian yang isinyer merah tak?....Errm reen yang suka sgt makan durian ni pun tak pernah tgk lagi...macam mana la ruper durian tu ye...So,jom layan picca!!!....



So, ape pendapat korang sumer bila tgk gambar ni?...rase durian ni sama tak macam buah durian yang lain?...atau pelik? mcm xleh terima lak...hehe...

info gambar:- Durian berdaging merah ini merupakan durian liar yang ditemukan di hutan kalimantan. Sama halnya dengan durian lainnya, durian ini mempunyai kulit berduri dan aroma durian yang sangat khas dan menyengat. Yang membuatnya berbeda adalah warna dari daging buahnya yang berwarna merah dan kebanyakan durian ini dikonsumsi oleh burung.

Denger2 katanya lebih enak dari durian biasa lho..

Sekian...Azreen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Petang...


Salam Ceria Semua...

Harap semua happy hari nie...reen baru je sampai rumah, td pergi bank kat Kuchai Lama...selalunyer x braper ramai sgt org..tp hari nie penat gak menunggu turn sampai..

Dah la 2 org puteri tu lasak...habis banking hall tu dah jadi macam playground..berterabor pamplet2 kat bank tu...hehe...sian jer tgk staff kat situ kena kemaskan balik...

Dah sampai rumah..sempat la reen singgah menyinggah kat blog kengkawan...erm ape yang reen tgk ramai gak yang menyahut cabaran 99 Hari Tanpa Nasi (99HTN)...wah!!! teruja sungguh tengok semangat diorang...reen tak sempat nak menyahut cabaran tu, maybe next time kalau ade lagi reen pun boleh join gak...InsyaAllah coz banyak dugaan woo NASI nie...kalau sendiri tak makan xpe..tp orang keliling tu la yang boleh memporak perandakan iman ku...hehe... Baru tgk org lain makan nasi dah terliur...tp xper wat semua peserta 99HTN tu reen ucapkan selamat berjaya n semoga dapat menyahut cabaran selama 99 hari tu ok!...jangan cepat menyerah kalah...AMIN..!!!

ReOne

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

www.catcheye.com.my


Ini adalah Sticky Mood..Sila scrool ke bawah untuk update yang terkini.TQ


www.catcheye.com.my(Klik sini utk daftar)


Salam Kawan2 Yang Disayangi...

Dah sign up ke?..so jangan la segan2 nak register...apa kata kalau u all try klik klik kat sini www.catcheye.com.my

Banyak manfaatnyer tau...sesambil klik klik, sesambil register boleh buat duit tau...buat tambah2 income..macam nuffnang gak lebih kurang...kalau nak tau lebih lanjut register dulu www.catcheye.com.my

Memang tak rugi pun register..coz bukan kena bayar kan...just klik klik pastu start la...

So, jangan malu2 tau...mulakan tindakan sekarang sebelum terlewat!!!

www.catcheye.com.my

Pada yang dah klik klik guna link yang reen bagi...Tq yer...blog2 jugak..tambah2 pendapatan wei...hehe

Anyway wat masa ni reen buat ni sebagai sticky entry tau...so, kalau nak tau cerita2 n bebelan terbaru sila la scroll bawah ek..

TQ Mmuuaahh...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...